Utusan Borneo (Sabah)

Piala Malaysia: PKNP FC yakin mara ke suku akhir

-

Jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim yakin pasukannya mampu ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia selepas menewaskan UITM FC 4-0 di Stadium Majlis Perbandara­n Manjung malam kelmarin.

Abu Bakar berkata perlawanan berdepan dengan Petaling Jaya (PJ) City di laman sendiri, Selasa ini memberikan kelebihan kepada anak buahnya untuk mengatasi pasukan tersebut.

“Bagaimanap­un kita tahu PJ City mempunyai kekuatan tersendiri dan kita meletakkan 50-50 kerana masing-masing mahu mencipta kemenangan untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

“Kita dahagakan kemenangan selepas tewas 5-0 kepada Johor Darul Ta’azim (JDT) FC sebelum ini dan saya harapkan kemenangan pada malam ini bersambung menentang PJ City nanti,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, PKNP FC berjaya menewaskan UITM FC 4-0 menerusi gol hatrik Giancarlo Lopes dan Mohamad Hafiz Ramdan.

Sementara itu, pengendali UiTM FC, Ismail Zakaria berkata beliau berharap pemainnya menjadikan kekalahan itu sebagai pengalaman dan motivasi untuk bermain dengan lebih baik bagi persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Beliau berkata anak buahnya tetap bermain dengan semangat tinggi untuk menang pada perlawanan terakhir menentang JDT minggu hadapan biarpun mengetahui peluang agak nipis.

“Walaupun kita sudah tersingkir (saingan Piala Malaysia), tetapi kita akan buat yang terbaik menentang JDT FC nanti.

“Untuk berada di tahap ini sudah cukup membanggak­an. Kita tidak meletakkan harapan tinggi dan saya jadikan sebagai tempat pemain-pemain mendapat lebih banyak pengalaman bermain dengan pasukan lebih baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia