Utusan Borneo (Sabah)

Weghorst kecewa dengan rentak pasukannya

Wolfsburg hanya mampu kutip satu mata selepas diikat Duesseldor­f 1-1 pada aksi Bundesliga

-

BERLIN: Penyerang Wolfsburg Wout Weghorst mengkritik persembaha­n pasukannya selepas dia menjaringk­an gol keempatnya dalam lima perlawanan pada musim ini untuk menyelamat­kan keputusan seri 1-1 dalam lawatan yang mengecewak­an ke Fortuna Duesseldor­f kelmarin.

“Kami merosakkan keadaan pada hari ini. Prestasi kami bagus buat masa sekarang tetapi ia rasa seperti kami sudah kehilangan dua mata pada hari ini. Kami tidak boleh gembira dengan satu mata,” kata Weghorst kepada badan penyiaran Jerman DAZN.

Keputusan seri itu merupakan peluang yang terlepas bagi Wolfsburg, yang sebenarnya dapat memintas RB Leipzig untuk menduduki tempat teratas buat sementara waktu jika mereka menang kelmarin.

Namun keputusan VAR (Video Pembantu Pengadil) yang dipertikai­kan dan peluang lewat yang terlepas bermakna Wolfsburg sekarang duduk di tempat kedua antara Leipzig dan Bayern, yang menentang satu sama lain dalam perlawanan ‘blockbuste­r’ semalam.

Pemain pertahanan kiri Fortuna, Niko Giesselman­n, hampir menembusi bumbung jaring dengan gol pembukaan yang cantik pada minit ke-16, apabila dia merembat bola ke dalam sudut atas dari sudut tepi untuk menjaringk­an gol sulungnya dalam Bundesliga.

Gol itu, yang pada akhirnya diberikan oleh VAR. mencetuska­n kontrovers­i apabila Wolfsburg membantah dan mendakwa bola sudah keluar dari padang dalam gerakan sebelum jaringan.

“Kita ada VAR ini, tetapi pengadil perlu membuat kerjanya. Bola keluar,” kata Weghorst.

Pemain Belanda itu memperbetu­lkan ketidakadi­lan yang ditanggapi itu tidak sampai 15 minit kemudian apabila dia mengelecek penjaga gol Zackary Steffen pada hujung satu gerakan cantik untuk menyamakan kedudukan bagi Wolfsburg.

Felix Klaus paling nyaris merampas gol kemenangan untuk Wolfsburg pada hujung babak kedua yang membosanka­n.

Hujung minggu ini menjanjika­n ujian litmus awal dalam perebutan kejuaraan Bundesliga, apabila empat pasukan teratas pada musim lepas menentang satu sama lain dalam dua perlawanan yang amat dinantinan­tikan.

Borussia Dortmund menerima kunjungan Bayer Leverkusen hanya beberapa jam sahaja sebelum juara bertahan Bayern

 ??  ?? PENUH SAINGAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Duesseldor­f dan Wolfsburg di Duesseldor­f, barat Jerman. LETIH: Weghorst kecewa pada perlawanan itu.
PENUH SAINGAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Duesseldor­f dan Wolfsburg di Duesseldor­f, barat Jerman. LETIH: Weghorst kecewa pada perlawanan itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia