Utusan Borneo (Sabah)

Anjur kejohanan sukan di Sabah

Penganjura­n kejohanan semarakkan kemajuan sukan, beri peluang kepada atlet-atlet ketengahka­n bakat

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Penganjura­n kejohanan adalah penggerak utama menyemarak­kan sesuatu sukan terus bergerak maju.

Sehubungan itu, Menteri Belia Dan Sukan, Phoong Jin Zhe mengalu-alukan mana-mana pihak menganjurk­an kejohanan sukan di negeri ini.

Katanya, penganjura­n kejohanan memberi ruang dan peluang kepada atletatlet mengetenga­hkan bakat menerusi persaingan sihat di samping mewujudkan interaksi dan jalinan perpaduan menerusi semangat kesukanan di kalangan peserta.

Phoong berkata demikian semasa merasmikan edisi pertama Kejohanan Taekwondo Piala Courage Martial Arts (CMA) 2019 di Centre Atrium, 1Borneo Hypermall di sini semalam.

Kejohanan itu adalah anjuran Kelab Sosial Dan Rekreasi Peniaga Kota Kinabalu (KSRPKK) dengan kerjasama Kelab Taekwondo CMA.

Kejohanan yang dijadualka­n berlangsun­g selama tiga hari sehingga 15 September itu disertai lebih 1,000 atlet dari kira-kira 30 kelab seluruh negeri ini.

"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada ahli jawatankua­sa penganjur di atas penganjura­n kejohanan seumpama ini. Saya berkeyakin­an bahawa kejohanan ini akan berterusan dan menjadi penggerak utama ke arah menyemarak­an sukan taekwondo.

"Mudah-mudahan kejohanan ini akan berjalan dengan sempurna dan jayanya dalam mencapai objektif dan matlamat yang diharapkan ke arah kegemilang­an sukan taekwondo," katanya dalam teks ucapan yang disampaika­n Setiausaha Politik, Henry Shim.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah atas kerjasama dan sokongan menjayakan kejohanan itu.

"Saya berharap agar para atlet yang menyertai kejohanan ini dapat menggunaka­n peluang yang ada dengan sebaik-baiknya dan berusaha sedaya upaya untuk mencapai prestasi cemerlang serta menunjukka­n semangat kesukanan yang tinggi," katanya.

Sambil itu, Phoong mengulangi gesaannya agar Jawatankua­sa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) XX 2020 Johor menyenarai­kan semula taekwondo dalam senarai sukan yang dipertandi­ngkan.

Sebelum ini, Phoong telah memberitah­u bahawa beliau akan mengemukak­an rayuan mengenai perkara itu semasa mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA pada 19 September ini.

Beliau berkata, taekwondo sewajarnya dipertandi­ngkan di SUKMA kerana negara memiliki ramai atlet termasuk yang berpotensi bersaing di peringkat antarabang­sa.

"Selaras dengan mandat yang telah diberikan kepada saya untuk menerajui Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah, tanggungja­wab ini akan saya galas untuk memastikan sukan taekwondo diiktiraf sewajarnya," kata Phoong.

 ??  ?? TAHNIAH: Henry (tiga dari kanan) dan penerusi penganjur Chin Tek Min (kiri) bersama beberapa pemenang awal Kejohanan Taekwondo Piala CMA di 1Borneo semalam.
TAHNIAH: Henry (tiga dari kanan) dan penerusi penganjur Chin Tek Min (kiri) bersama beberapa pemenang awal Kejohanan Taekwondo Piala CMA di 1Borneo semalam.
 ??  ?? PEMENANG KECIL: Pemenang yang terdiri daripada peserta sekolah rendah bersama Henry (dua dari kanan) serta jawatankua­sa penganjur.
PEMENANG KECIL: Pemenang yang terdiri daripada peserta sekolah rendah bersama Henry (dua dari kanan) serta jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia