Utusan Borneo (Sabah)

CURAH BAKTI BANGUNKAN NEGARA

Agar rakyat terus hidup dalam keadaan aman dan sejahtera supaya generasi akan datang mendapat manfaat

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia digesa mencurahka­n khidmat bakti sebaik mungkin untuk membangun dan memajukan negara ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia amat diperlukan agar rakyat di negara ini dan Sabah akan terus hidup dalam keadaan aman, sejahtera serta makmur.

“Bersempena dengan Hari Malaysia ini, kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana atas kurnia dan limpah-Nya, kita dapat menyambut ulang tahun pembentuka­n Malaysia yang ke-56 tahun, pada 2019.

“Negara kita pada hari ini berada dalam keadaan jauh berbeza berbanding pada awal pembentuka­n Malaysia, di mana rakyatnya berada dalam keadaan yang cukup daif.

“Daif bukan hanya dari sudut prasarana, pembanguna­n kemudahan asasnya, bahkan juga dari segi kesihatan dan pendidikan­nya,” katanya dalam Perutusan Hari Malaysia ke-56, di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan sedar dan tahu banyak lagi yang perlu dilakukan, tapi dalam jangka masa 56 tahun Malaysia sebagai sebuah negara bukan hanya telah berjaya dalam memupuk perpaduan, malah mengekalka­n kesatuan dalam kepelbagai­an kaum, budaya dan agama.

Oleh itu, katanya, amat penting bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira usia, kaum, suku, agama dan kepercayaa­n, yang penting kepada rakyat ialah bakti yang dicurahkan kepada negara.

“Bukan hanya laungan dendangan lagu yang harus kita lontarkan, suarakan, tetapi juga perkhidmat­an kita.

“Khidmat bakti, kita curahkan segala-galanya untuk membangunk­an negara ini sebagai sebuah negara yang boleh dihuni oleh masyarakat pelbagai anutan agama dan kaum, supaya generasi akan datang mendapat manfaat yang jauh lebih baik daripada apa yang kita rasa pada hari ini,” katanya.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) bersama ketua-ketua komuniti agama dalam Sambutan Meraikan Perpaduan dalam Kepelbagai­an di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, malam kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) bersama ketua-ketua komuniti agama dalam Sambutan Meraikan Perpaduan dalam Kepelbagai­an di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia