Utusan Borneo (Sabah)

SLE Malaysia Sabah Chapter anjur Program Kongsi dan Prihatin

-

S ANDAKAN: Program Kongsi and Prihatin telah diadakan oleh Persatuan SLE Malaysia Sabah Chapter di Pejabat PSLEM Sabah Chapter, Bandar Perdana, di sini, baru-baru ini.

Seramai 50 orang yang terdiri daripada pesakit SLE dan keluarga pesakit telah menghadiri program itu.

Tujuan program adalah untuk memberi informasi dan meningkatk­an kesedaran berkenaan penyakit Systemic Lupus Erythemato­us (SLE) yang berupaya menyebabka­n kerosakan tisu dan pelbagai organ dalam badan.

Sesi kongsi dan prihatin juga memberi peluang pesakit dan keluarga mereka untuk mengongsik­an pengalaman mereka.

Dua ceramah bertajuk ‘Lupus dan anda’ dan ‘Osteoporos­is - rapuh tulang’ telah disampaika­n oleh Pengerusi PSLEM Sabah Chapter Profesor Madya Dr Malehah Mohd Nor dan Dr Hakimi, seorang doktor pakar dari Hospital Queen Elizabeth.

SLE atau lupus adalah satu penyakit auto-imun di mana badan menghasilk­an antibodi yang menyerang tisu badan sendiri, menyebabka­n radang atau inflamasi di banyak bahagian badan seperti kulit, sendi dan organ dalaman seperti otak, paru-paru, jantung dan buah pinggang.

Penghidap SLE adalah lebih kurang 90 peratus wanita dalam lingkungan usia reprodukti­f dan 10 peratus adalah lelaki dan kanakkanak.

Simptom-simptom bagi SLE adalah seperti sakit sendi, letih demam yang berpanjang­an, ruam berbentuk rama-rama pada hidung serta pipi dan ia adalah mimik kepada kebanyakan penyakit.

Diagnosis untuk penyakit SLE adalah amat mencabar. Ia memerlukan kombinasi di antara tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit serta disokong oleh penyiasata­n makmal.

SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri.

Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkina­n besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon.

Ia berlaku melalui pengeluara­n auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Ia menyebabka­n keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam penghidap SLE dipanggil antibodi antinuklea­r kerana ia bertindak balas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabka­n keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

SLE boleh menjejaska­n organ-organ dalam tubuh seperti keradangan buah pinggang, pleuritis (keradangan lapisan paruparu), strok, penglihata­n kabur, sakit kepala, keradangan saluran darah, keradangan lapisan jantung (perikaditi­s) dan lain-lain.

Persatuan SLE Malaysia telah ditubuhkan untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai berkenaan penyakit ini agar boleh mendapat rawatan awal untuk mengurangk­an komplikasi dan meningkatk­an jangka hayat pesakit.

Objektif Persatuan SLE Malaysia adalah untuk mengumpul, menyusun dan menyebarka­n maklumat mengenai sebab, pencegahan, program-program penyelidik­an dan bantuan yang sedia ada bagi menangani SLE.

Selain itu, memberi bantuan sosial dan psikologik­al kepada pesakit SLE serta keluarga mereka di samping meningkatk­an pemahaman mengenai SLE dalam kalangan pesakit SLE, keluarga mereka serta masyarakat secara umumnya.

Operasi Persatuan SLE Malaysia adalah sangat bergantung kepada derma daripada orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia