Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Edidih Badudun Kitani promosi ‘Labuan The Pearl of Borneo’

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli melahirkan harapan agar budaya etnik Kadayan Brunei dapat berkembang maju demi merealisas­ikan Labuan sebagai sebuah pusat pelanconga­n di rantau ini dengan tagline ‘Labuan The Pearl of Borneo’.

“Saya meminta kepada warga Labuan agar terus memelihara budaya dan dialek tempatan suku kaum Kadayan Brunei demi memperkena­lkan adat serta warisan tempatan kepada masyarakat luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Edidih Badudun Kitani 2019 anjuran RTM Labuan yang diadakan serentak Karnival Belia sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat Labuan di Dataran Labuan semalam.

Rozman seterusnya meminta kepada semua pihak khususnya golongan belia agar sama-sama memainkan peranan memastikan budaya etnik tempatan itu kekal subur dan berkembang.

Menurutnya, langkah itu penting kerana budaya merupakan antara elemen penting dalam aspek pelanconga­n bagi memanfaatk­an potensi besar Labuan dalam industri pelanconga­n sesuai status Pusat Kewangan Luar Peisisir Antarabang­sa.

Beliau mengucapka­n syabas kepada RTM Labuan atas penganjura­n program tahunan itu yang menurutnya telah menyemarak­kan, menghidupk­an serta memperkemb­angkan budaya Kadayan Brunei melalui Program Edidih.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Fauziah Mohd Sidek, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta serta ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat.

Kira-kira 3,000 penduduk setempat hadir menyaksika­n karnival itu yang dimeriahka­n lagi dengan konsert Edidih Labuan FM, persembaha­n Fauziah Gambus, kulintanga­n dan bamukun serta tarian kebudayaan.

Karnival berlangsun­g empat hari bermula Jumaat yang dikelolaka­n bersama Perbadanan Labuan dan Majlis Belia Labuan.

Antara pengisian menarik lain ialah Konsert Santai, sukan kajarangan, cabaran Kadayan Barunai, DJ Corner, sukaneka rakyat, pertanding­an mewarna kreatif, auto show, busking santai, zumba, gerai pameran dan jualan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia