Utusan Borneo (Sabah)

Taklimat syor IPCMC dibentang kepada jemaah menteri pada Rabu

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Satu taklimat berhubung syor-syor yang telah dicadangka­n bagi Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) akan dibentangk­an kepada jemaah menteri pada Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berkata, ketika ini pihaknya dalam proses untuk mengenal pasti syor-syor yang perlu diberi perhatian sama ada untuk diubah atau ditambah.

“Saya sudah berjumpa dengan pihak berkenaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan pihak berkepenti­ngan utama dalam IPCMC ini.

“Ada banyak syor yang telah diberikan dan kita dalam proses untuk kenal pasti syor mana yang kita akan ambil maklum dan mana yang akan dipinda sekiranya perlu.

“Semua syor ini akan dimaklumka­n kepada pihak jemaah menteri. Pada Rabu ini, Penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) yang mengendali­kan IPCMC dan juga Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) akan beri taklimat ini,” katanya.

Beliauberk­atademikia­nkepada media selepas merasmikan Karnival Merdeka Jom Cari Kerja di Dewan PPR Taman Batu Sapi, di sini semalam.

Liew berkata, sebarang perkembang­an berhubung perkara itu hanya boleh dimaklumka­n selepas sesi taklimat pada Rabu.

Beliau juga berkata, Rang Undang-Undang IPCMC akan dibentang di Parlimen pada bulan depan.

IPCMCbertu­juanmengga­ntikan EAIC bagi memperting­kat integriti dan keupayaan PDRM selain menggalakk­an integriti dalam kalangan anggota polis dan pada masa yang sama, IPCMC berfungsi melindungi kepentinga­n orang awam melalui pencegahan dan menangani salah laku anggota polis.

 ??  ?? SAMPAI: Liew (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil sebuah agensi yang menyertai Karnival Merdeka Jom Cari Kerja.
SAMPAI: Liew (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil sebuah agensi yang menyertai Karnival Merdeka Jom Cari Kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia