Utusan Borneo (Sabah)

Lulusan pengajian prasekolah Sidma College peroleh kerja dalam dan luar negara

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak peringkat diploma dan ijazah menjadi bidang yang diminati ramai pelajar memasuki Sidma College di mana lulusan memperoleh peluang kerja pelbagai sektor dalam dan luar negara.

Pengerusi Eksekutif Sidma College Prof Dr Morni Kambrie yang turut mengendali­kan kursus pengajian Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Kampus Kota Kinabalu berkata, pengajian pendidikan awal kanak-kanak menerima kemasukan tertinggi kerana mode pengajian yang mesra pelajar.

“Di samping kemasukan pelajar lulusan sekolah menengah, kita juga menerima kemasukan dalam kalangan pelajar yang sedang bekerja,” katanya dalam taklimat kemasukan pelajar baharu bagi sektor Labuan di sini kelmarin.

Kolej berkenaan memiliki bilangan pelajar melebihi 2,000 orang di mana kira-kira 750 pelajar merupakan bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak yang boleh diselesaik­an 30 bulan untuk diploma dan empat tahun untuk ijazah.

Selain pengajian pendidikan awal kanak-kanak, kolej berkenaan turut menawarkan bidang pengajian lain seperti pengurusan, perniagaan dan perakaunan sehingga ke peringkat master dan doktor falsafah.

Maklum balas yang diterima kolej itu menunjukka­n selain bekerja dalam pelbagai institusi, lulusan pendidikan awal kanak-kanak juga bekerja dalam sektor penerbanga­n mengendali­kan anak-anak keluarga penumpang.

“Kita juga menerima maklum balas bahawa terdapat lulusan kita bekerja dalam institusi pendidikan awal kanakkanak di Singapura dan Australia,” kata Morni sambil mejelaskan tawaran perkhidmat­an yang diberikan sama dengan lulusan negara-negara berkenaan.

Beliau memberitah­u, pengajian pendidikan awal kanak-kanak kolej itu dilengkapi dengan ‘Accredited Prior Experienti­al Learning’ (APEL) yang menjadi syarat wajib pengamalan Kementeria­n Pendidikan Malaysia di samping sijil Kursus Asas Asuhan Permata (KAAP).

Mode pengajian dilaksanak­an secara berpusat di kampus Kota Kinabalu dan daerah-daerah di beberapa pusat di seluruh negeri.

Sidma College juga sejak beberapa tahun lalu mengendali­kan pelbagai program berasaskan bahasa Kadazan Dusun.

Turut serta dalam rombongan kolej itu ke Labuan ialah Pegawai Bahasa Kadazandus­un Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Sitiamah Sahat dan Pensyarah Kanan Bahasa Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent Tuaran Linah Bagu.

 ??  ?? MORNI UTAMA: Morni (dua kanan) bersama Sitiamah (kanan) dan Linah (kiri).
MORNI UTAMA: Morni (dua kanan) bersama Sitiamah (kanan) dan Linah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia