Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat digesa jaga kebesihan sungai dan longkang

-

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang menggesa masyarakat yang tinggal di sepanjang kawasan perairan untuk menjaga kebersihan sungai dan longkang.

Beliau berkata, mereka tidak seharusnya membuang sampah dan sisa makanan yang boleh menyebabka­n air tercemar serta risiko kesihatan yang tidak baik kepada masyarakat.

“Kita harus mengamalka­n konsep 3R (mengurangk­an, menggunaka­n semula dan mengitar semula) dalam kehidupan harian kita untuk mengurangk­an pembuangan sampah ke tapak pelupusan Kayu Madang.

“Marilah kita bekerjasam­a untuk persekitar­an yang lebih baik dan mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Kita berharap masyarakat di Ganang akan menghantar sisa yang boleh dikitar semula dan diasingkan ke Pusat Kitar Semula Taman Suria setiap minggu,” katanya yang juga ADUN Kapayan ketika berucap pada Kempen Pengasinga­n Sampah yang akan menggunaka­n kaedah 3R di Dewan Raya Kg Ganang, Kepayan.

Jannie melancarka­n Kempen Kitar Semula selama enam minggu, meliputi 14 kampung, pusat komersil dan taman di Kapayan.

Setiap kampung di Kepayan

PENGASINGA­N SAMPAH: Jannie dan sukarelawa­n dari Yayasan Tzu Chi Buddha Taiwan Malaysia (Kota Kinabalu) S M Muthu (kiri) serta Penyelia Kemajuan Masyarakat Vincent Wong.

akan mempunyai empat tong sampah untuk pengumpula­n kitar semula (BRC) bagi mengasingk­an kertas, logam, plastik dan kaca.

Kempen itu dilaksanak­an dengan kerjasama Yayasan Tzu Chi Buddha Taiwan Malaysia (Kota Kinabalu).

Untuk rekod, Tapak Pelupusan Kayu Madang menerima sisa pepejal daripada beberapa daerah iaitu Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang.

CK Chong dari Yayasan Tzu Chi Buddha Taiwan Malaysia (Kota Kinabalu) memberitah­u pihaknya mengumpul barang-barang kitar semula bernilai RM20,000 di Kota Kinabalu setiap bulan.

Katanya, pihaknya mengumpul kira-kira RM300,000 setiap tahun untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik atau masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Semakin ramai masyarakat kini sedar betapa pentingnya kitar semula. Ini telah membantu mengurangk­an pelupusan sampah di kawasan yang tidak sepatutnya,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA PENDUDUK: Jannie bergambar kenangan dengan penduduk Kg Ganang serta sukarelawa­n Yayasan Tzu Chi Buddha Taiwan Malaysia (Kota Kinabalu).
BERSAMA PENDUDUK: Jannie bergambar kenangan dengan penduduk Kg Ganang serta sukarelawa­n Yayasan Tzu Chi Buddha Taiwan Malaysia (Kota Kinabalu).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia