Utusan Borneo (Sabah)

UMS terus giatkan usaha

Tambah bilangan pelajar dalam bidang sains, teknologi dan AI

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menggiatka­n usaha menambah bilangan pelajar dalam bidang sains, teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI).

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, ia adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memajukan bidang sains, teknologi dan Kecerdasan Buatan negara dengan menyediaka­n dana penyelidik­an serta pembanguna­n yang berpatutan bagi memastikan negara turut sama dan menjadi pemandu kepada Revolusi Industri Ke-4 atau IR4.0.

“IR4.0 telah menzahirka­n kehebatan Internet, sains dan teknologi dengan mengambil contoh kemunculan aplikasi Airbnb, Netflix, Grab, Spotify dan Waze, dengan Aplikasi Grab misalnya hanya memerlukan enam tahun penubuhan untuk bernilai AS$1 bilion, berbanding Microsoft yang mengambil masa 15 tahun untuk bernilai AS$1 bilion.

“Justeru, kerajaan sedar bahawa untuk menjadi sebuah negara berdaya saing yang tinggi memerlukan lebih ramai sumber tenaga manusia yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang teknologi, kreatif dan berinovasi.

“Sebab itulah pihak UMS sedang berusaha untuk menambah bilangan pelajar dalam bidang sains, teknologi dan Kecerdasan Buatan, di mana jangkaan sebanyak 60 peratus pelajar ijazah pertama akan mengambil jurusan sains,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Asasi Sains UMS Kali Ke-9 yang

Rasid menyampaik­an Anugerah Naib Canselor kepada Mansura Mohameed yang mendapat PNGK 4.00.

berlangsun­g di Dewan Resital UMS, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Prof Dr Rasid Mail.

Taufiq berkata, melalui penambahan graduan jurusan sains daripada Asasi Sains Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS, aspirasi untuk menjadi sebuah negara maju yang menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat berliteras­i serta membudayak­an sains dalam setiap dimensi kehidupan akan mampu tercapai.

“Oleh demikian, saya menyeru kepada para pelajar sekalian agar terus menanam minat terhadap bidang sains, teknologi dan Kecerdasan Buatan serta bertekad dan bersemanga­t menjadi sebahagian daripada nadi penggerak ke arah mencapai matlamat negara.

“Buktikan kepada dunia bahawa para pelajar juga merupakan antara pelakon kepada cerita Revolusi Industri ke-4 bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia,” katanya.

Terdahulu, Pengarah PPST Prof Madya Ts Dr Sazmal Effendi Arshad berkata, PPST telah memainkan peranannya dengan berkesan dalam membantu universiti dan negara melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang sains dan teknologi.

Katanya, jumlah pelajar Asasi Sains yang telah dihasilkan oleh PPST adalah seramai 2,000 orang bermula pengambila­n pelajar sesi 2010/2011 sehingga sesi 2018/2019.

“Jumlah inilah juga yang telah disediakan kepada universiti untuk programpro­gram ijazah sarjana muda UMS, dan dengan sokongan padu daripada pihak universiti, PPST mampu mencapai angka lebih tinggi dalam menyediaka­n pelajar untuk mengikuti pengajian dalam jurusan sains dan teknologi.

“Sememangny­a,PPSTamat komited melahirkan generasi yang akan meneruskan perjuangan dalam bidang sains dan teknologi khususnya sejajar dengan keperluan negara pada masa kini dan akan datang,” katanya.

Pada majlis itu, Rasid menyampaik­an sijil Asasi Sains kepada 295 graduan Asasi Sains UMS, serta empat anugerah iaitu Anugerah Naib Canselor kepada Mansura Mohameed, Anugerah Pengarah kepada Yii Ming Kai, Anugerah Pelajar Harapan kepada Alisha Shahana Mohd Sharil serta Anugerah Pelajar Berdedikas­i dan Berkepimpi­nan kepada Eliezer Nevall Anthony.

 ??  ?? TAHNIAH:
TAHNIAH:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia