Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia dijangka melonjak ke paras 1,620 minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka melonjak ke paras 1,620 minggu ini, dipacu prestasi ekonomi domestik dan sentimen Wall Street yang positif, keyakinan baharu terhadap perkembang­an perbincang­an perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China dan suasana positif yang menyelubun­gi langkah Bank Pusat Eropah (ECB) melancarka­n pakej rangsangan.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata FBM KLCI menunjukka­n daya tahan selepas ECB mengumumka­n bahawa ia mengurangk­an kadar faedah dan memulakan program baharu pembelian bon.

ECB mengurangk­an kadar deposit utamanya sebanyak 10 mata asas kepada -0.5 peratus dan memperkena­lkan program pembelian bon, yang akan melibatkan 20 bilion euro sebulan bagi pembelian aset selagi dianggap perlu.

Dari aspek teknikal, Nazri berkata FBM KLCI akan terus berlegar melebihi 1,600 mata, menunjukka­n bahawa pemulihan berterusan yang dilihat sejak Mei masih berkekalan.

Oleh itu, beliau menjangkak­an keadaan positif akan berterusan ke arah paras ketahanan 1,660 mata dalam prospek jangka terdekat dan, sekiranya bursa tempatan berjaya melepasi paras itu, paras ketahanan seterusnya adalah pada 1,700 mata.

Secara menyeluruh, pelabur tempatan kekal yakin dengan rangsangan ECB, ketegangan perdaganga­n AS-China yang semakin reda dan data ekonomi domestik yang stabil, kata Nazri.

“Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menurunkan kadar faedah berikutan pertumbuha­n ekonomi perlahan manakala bank pusat utama di seluruh Asia Pasifik telah mengurangk­an tahap penanda aras mereka baru-baru ini.

“Jawatankua­sa Dasar Monetari BNM memutuskan (pada Khamis) untuk mengekalka­n kadar dasar semalaman pada kadar 3.00 peratus selepas pelaksanaa­n langkah penurunan kadar faedah di tengah-tengah pelbagai faktor, terutamany­a perang perdaganga­n ASChina yang akan memperlaha­nkan ekonomi domestik,” katanya.

Pada Jumaat, pasaran tempatan ditutup lebih tinggi sedikit dipacu aktiviti belian pada saat akhir, selepas berlegar pada paras rendah sepanjang hari.

Pada asas minggu ke minggu, penanda aras FBM KLCI turun 3.22 mata kepada 1,601.25 daripada 1,604.47 semasa ditutup pada minggu lepas.

Pasaran ditutup pada Isnin untuk sambutan ulang tahun Yang di-Pertuan Agong dan akan ditutup sekali lagi pada hari ini bersempena sambutan Hari Malaysia.

Indeks FBM Emas naik 30.21 mata kepada 11,311.33, Indeks FBMT 100 meningkat 25.40 mata kepada 11,146.06 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 5.81 mata kepada 11,832.1.

FBM 70 melonjak 229.44 mata kepada 14,017.89 dan Indeks FBM Ace naik 99.63 mata kepada 4,557.01.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan naik 92.58 mata kepada 15,571.75 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian meningkat 30.21 mata kepada 152.64, manakala Indeks Perladanga­n naik 18.23 mata kepada 6,825.17.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 8.52 bilion unit bernilai RM6.95 bilion daripada 8.27 bilion unit bernilai RM6.34 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 5.514 bilion saham bernilai RM6.29 bilion berbanding 5.07 bilion saham bernilai RM6.29 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.754 bilion unit bernilai RM348.93 juta daripada 1.73 bilion unit bernilai RM396.75 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 1.24 bilion saham bernilai RM242.79 juta daripada 1.48 bilion saham bernilai RM263.66 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia