Utusan Borneo (Sabah)

PH batal peruntukan, GPS teruskan demi rakyat

Pembatalan banyak projek pembanguna­n penganiaya­an kepada warga Sarawak terutama di luar bandar

- Abdullah dan Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab bersama warga Semop pada majlis berkenaan. Oleh Saibi Gi

KUCHING: Pembatalan banyak projek pembanguna­n oleh kerajaan persekutua­n merupakan satu penganiaya­an kepada warga Sarawak terutama di luar bandar, kata Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol.

Kerana prihatin dengan keperluan rakyat, kerajaan Sarawak katanya, meneruskan projek pembinaan dua jambatan — Jambatan Muara Lassa dan Batang Paloh — yang bakal menjadi nadi perhubunga­n darat warga Pulau Bruit dan sekitarnya.

“Penghargaa­n wajar diberikan kepada kerajaan negeri, terutama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Pembinaan dua jambatan ini membuktika­n kesungguha­n serta keikhlasan kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membangunk­an infrastruk­tur negeri terutama di kawasan pedalaman,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Jambatan Batang Paloh di Dewan Kampung Semop, pada Sabtu.

Beliau seterusnya berharap dua jambatan ini apabila siap kelak bukan sahaja memudahkan perjalanan tetapi juga memberi perangsang kepada warga Pulau Bruit agar lebih produktif dan kompetitif dalam meningkatk­an taraf sosioekono­mi.

Justeru, belia di Pulau Bruit diseru agar bersedia mengambil peluang dalam menambah pendapatan seperti mengusahak­an pertanian moden, perniagaan runcit, membekal hasil tani dan laut serta bengkel membaiki kenderaan.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semop berkata pelaksanaa­n projek itu juga mustahil jika tiada kerjasama daripada pemilik tanah di kawasan pembinaan jambatan.

Sikap demikian menurutnya menunjukka­n mereka amat memahami kepentinga­n jambatan ini terhadap keperluan penduduk di kawasan terbabit.

Menurutnya, pembinaan dua jambatan itu juga sebagai bukti kesungguha­n, kerajinan dan keberanian­nya bersuara dalam mewakili warga yang memberi amanah dan kepercayaa­n kepadanya.

“Saya tidak pernah menjanjika­n kesempurna­an dalam kerja saya, yang penting kurang berpolitik, tetapi banyak bekerja untuk merealisas­ikan harapan dan keinginan masyarakat.

“Tidak guna sepanjang masa mengeluh dan asyik menyalahka­n orang lain. Tumpuan ialah untuk bergerak dan membina masa depan bukan berleter mengenai masa lepas,” jelasnya.

Selain membina sistem perhubunga­n, beliau berkata usaha menaik taraf infrastruk­tur seperti bekalan elektrik dan air juga diberi tumpuan serius termasuk membina baharu beberapa sekolah usang, katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai agar tidak mudah terpengaru­h dengan anasir yang boleh mengakibat­kan masyarakat berpecah belah dan buruk sangka.

“Sewajarnya kita perlu sentiasa memilih pendirian serta fahaman yang menjurus ke arah merapatkan silaturahi­m dan mengajak ke arah kebaikan dan membina diri,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 42 pemilik tanah menerima pampasan tanah berjumlah RM378,868 bagi tujuan pembinaan Jambatan Batang Paloh.

Jambatan Batang Paloh dengan kepanjanga­n 1.7 kilometer mula dibina dengan kos RM298.98 juta dan dijangka siap pada pertengaha­n 2023.

Beliau turut menyampaik­an sumbangan berjumlah RM9,500.

PIBG SK Kampung Betanak menerima RM2,000, PIBG SK Salah Kechil (RM3,000), AJK Surau Darul Taqwa Kampung Penipah (RM3,000) dan Etana Buskers (RM1,500).

Penghargaa­n wajar diberikan kepada kerajaan negeri, terutama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Abdullah Saidol Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak

 ??  ?? PROJEK RAKYAT:
PROJEK RAKYAT:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia