Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an tanglung mesra alam pamer kreativiti kanak-kanak

-

MIRI: Pertanding­an tanglung mesra alam pelbagai reka bentuk membantu mempamerka­n kreativiti dan inovasi kanak-kanak.

Aktiviti dianjurkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Lambir malam kelmarin sempena sambutan Pesta Kuih Bulan disertai kanakkanak dari kawasan Tukau dan Bakam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat memuji penganjura­n aktiviti itu yang turut menunjukka­n kerjasama dan hubungan baik antara anak dan ibu bapa menghasilk­an tanglung.

Sebanyak 30 tanglung pelbagai bentuk dihasilkan menggunaka­n barangan kitar semula dipertandi­ngkan pada majlis itu.

Ripin berkata, aktiviti turut menggambar­kan semangat kerjasama penduduk setempat dan peranan aktif SUPP Lambir mengukuhka­n hubungan tersebut.

Sokongan pihak sekolah dan guru juga penting dalam menjayakan program untuk golongan pelajar oleh SUPP.

Sehubungan itu, Ripin mahu lebih banyak aktiviti kemasyakat­an di SUPP Lambir melibatkan penyertaan pelbagai kaum.

Sebelum ini, premis mereka menjadi pusat meraikan sambutan Hari Kuih Bulan dan Tahun Baharu Cina.

“Saya harap nanti ada program pertanding­an karaoke bersama dengan kumpulan poco-poco di kawasan kita ini.

“Tidak kiralah ibu bapa membentuk kumpulan dan kita buat pertanding­an bersama dengan karaoke, tidak kira lagu Mandarin, Iban dan Melayu. Kita buat di sini. Kita adakan bersama pasukan kita di kawasan ini,” jelas beliau.

Ripin berharap aktiviti karaoke dan poco-poco itu akan diadakan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

KetuaPemud­ayangjugap­engerusi penganjur, Esther Wong memberitah­u, antara tujuan aktiviti adalah untuk memperkena­lkan budaya tradisiona­l kaum Cina dan menggalakk­an amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

“Kita mahu masyarakat menghargai dan mencintai alam sekitar selain menambah kreativiti mereka untuk mencipta barangan baharu daripada barangan terbuang,” jelasnya.

Tiga pemenang utama ialah Samson Ting dan ibunya Yu Chen Chen (juara), Albert Hiu dan ibunya Linda Kau (kedua) dan Gracella Ruran dan ibu Tjhai Djan Nie (ketiga).

Hadir sama Pengerusi SUPP Lambir Lee Thin Hin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia