Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat diingatkan sentiasa peka dengan bacaan IPU

-

JOHOR BAHRU: Masyarakat di negeri ini diingatkan supaya sentiasa peka dengan Indeks Bacaan Udara (IPU) di kawasan masing-masing.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata aktiviti di luar juga harus dikurangka­n berikutan bacaan IPU di beberapa kawasan di negeri ini yang mencapai tahap sangat tidak sihat.

“Jangan lakukan aktiviti luar dan pastikan selalu pakai penutup mulut, semua masyarakat juga kena peka terhadap IPU di kwasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas perhimpuna­n rukun negara dan pelancaran program penghayata­n rukun negara peringkat negeri, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status jerebu di beberapa kawasan di negeri ini yang mencapai IPU melebihi 200.

Sementara itu, Dr Sahruddin berkata kesemua sekolah yang ditutup hari ini di kawasan terjejas jerebu, akan dibuka semula sekiranya IPU kembali menurun di bawah 200.

Dalam masa yang sama, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa bersedia jika terdapat lagi sekolah-sekolah di daerah lain ditutup sekiranya bacaan IPU mencapai tahap sangat tidak sihat.

Kelmarin, kesemua sekolah termasuk tadika, Institusi Pengajian Tingi dan kolej di tiga buah daerah iaitu Tangkak, Muar dan Pontian disaran tutup hari ini, berikutan IPU melebihi 200.

Terdahulu, Dr Sahruddin ketika berucap dalam majlis perhimpuna­n rukun negara berkata, perpaduan kaum dan kemakmuran negara harus sentiasa dipelihara.

“Maka kita semua perlu memahami dan menghormat­i sensitivit­i kaum lain dengan tidak menyentuh perkaraper­kara yang berkaitan dengan agama, ideologi, budaya dan cara hidup serta kepercayaa­n masing-masing,” katanya.

Tambahnya, masyarakat juga seharusnya jangan cuba membangkit­kan perkaraper­kara yang telah dipersetuj­ui dalam kontrak sosial dan termaktub di dalam perlembaga­an persekutua­n.

“Usahlah jadi api dalam sekam atau enau dalam belukar yang hanya melepaskan pucuk masing-masing, akhirnya kalah menjadi abu dan menang menjadi arang,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Dr Sahruddin (tengah) bersama para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara selepas majlis Perhimpuna­n Rukun Negara dan Pelancaran Program Penghayata­n Rukun Negara Peringkat Negeri di SMK Tasek Utara, semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Dr Sahruddin (tengah) bersama para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara selepas majlis Perhimpuna­n Rukun Negara dan Pelancaran Program Penghayata­n Rukun Negara Peringkat Negeri di SMK Tasek Utara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia