Utusan Borneo (Sabah)

68 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu di Nilai 3

-

NILAI: Jabatan Imigresen Malaysia menahan seramai 68 warga asing dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan di Pusat Komersil Nilai 3, di sini, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata kesemua mereka ditahan bagi menentukan dokumen dan pasport yang dimiliki mereka, sama ada tulen atau sebaliknya.

Menurutnya operasi itu dijalankan memandangk­an kawasan ini sering kali mendapat perhatian pelbagai pihak mengenai kebanjiran warga asing yang dikatakan menjalanka­n perniagaan dan bekerja di premis perniagaan di sini.

“Jadi dalam operasi yang kita jalankan bermula jam 11 pagi tadi (semalam), sebanyak 39 premis diperiksa dan seramai 298 warga asing juga telah diperiksa dokumen. Daripada jumlah itu seramai 68 iaitu Pakistan 51, Myanmar (sembilan), Kemboja (satu) dan Bangladesh (tujuh) ditahan bagi tujuan pemeriksaa­n lanjut dokumen yang dimiliki mereka.

“Perbezaan ini (jumlah periksa dan tahan) agak ketara kerana berdasarka­n dokumen yang diperiksa kebanyakan pekerja asing di sini mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang wanita berusia antara awal 20an hingga 40-an.

“Kesalahan lain yang dikesan pihak imigresen iaitu seorang wanita warga Kemboja yang menyalahgu­nakan pas pelancong untuk bekerja di sebuah kedai pakaian, lain-lain kesalahan tidak dikesan,” katanya.

Dalam operasi ini, 292 pegawai dan anggota terlibat iaitu dari Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftara­n Negara, Jabatan Pengangkut­an Jalan, SSM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia