Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Safety First pergiatkan usaha kurangkan kadar kemalangan jalan raya

-

ALOR SETAR: Kumpulan prokeselam­atan seharian, Safety First mempergiat­kan usaha menyebarka­n maklumat serta kempen berkaitan keselamata­n jalan raya untuk memastikan kadar kemalangan jalan raya semakin berkuranga­n sekali gus dapat menyelamat­kan nyawa.

Penasihat Safety First Datuk Seri Azman Ujang berkata penunggang dan pembonceng motosikal menjadi keutamaan untuk diberikan pendedahan tentang aspek keselamata­n jalan raya berikutan golongan itu paling berisiko tinggi apabila kira-kira 4,000 maut direkodkan akibat kemalangan motosikal setiap tahun.

“Sebagai kumpulan Safety First ini kita rasa terpanggil untuk membantu menyebarka­n maklumat dan memberikan kempen sewajarnya kerana sumber kematian dan kehilangan nyawa terbesar adalah di jalan raya, paling jadi priority adalah penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil penghargaa­n daripada Safety First kepada 34 kakitangan kesihatan terdiri dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan Hospital Kulim yang cemerlang dalam bidang masing-masing termasuk keselamata­n, pembedahan dan pergigian di sini, semalam.

Dua orang daripada penerima itu juga ialah jururawat yang menyelamat­kan bayi perempuan berusia sembilan bulan yang separuh badannya terbenam dalam lumpur akibat terlibat kemalangan di Kilometer 32 Jalan Langkap-Kampar dekat Teluk Intan pada 3 Sept lepas.

Penyerahan sijil itu berlangsun­g pada Program Keselamata­n HSB sempena bulan kemerdekaa­n 2019 yang turut disertai Pengasas Safety First Samad Rahim dan Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail.

Selain itu, Azman yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata sekiranya kadar kemalangan dapat dikurangka­n dari semasa ke semasa ia boleh membantu mengurangk­an beban tugas sedia ada pihak hospital termasuk jururawat dan doktor yang menerima kes kemalangan jalan raya di bahagian trauma dan kecemasan.

Sementara itu, Dr Norhizan berkata sejumlah 41 kes kemalangan jalan raya akibat berulang alik ke tempat kerja berlaku dalam kalangan kakitangan kesihatan negeri ini direkodkan manakala enam kes dicatatkan bagi kemalangan jalan raya ketika menjalanka­n tugas rasmi untuk tempoh Januari hingga Ogos lepas.

Beliau berkata bagaimanap­un kes itu tidak melibatkan kematian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia