Utusan Borneo (Sabah)

PASTI Al-Firdaus Kota Belud adakan sukaneka

-

SEAWAL jam 7.30 pagi, gelanggang futsal Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud meriah dengan kehadiran kanak-kanak bersama ibu bapa masing-masing.

Sedetik kemudian, tiga kontinjen dengan seragam memikat memberi tabik hormat kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Belud Awang Laiman Ikin.

Laungan Merdeka dan laungan Demi Islam oleh ahli kontinjen terdengar gemuruh bersama ayunan langkah mereka yang bersemanga­t. Dengan penuh takzim, Awang Laiman bersama Pengerusi PASTI Al-Firdaus Abd Jabar Ahmad Zahid membalas laungan itu dengan tabik hormat.

Pagi Sabtu 31 Ogos itu adalah Hari Merdeka. Para pelajar PASTI Al-Firdaus Taman Desa dan PASTI Pekan serta SRITI (Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam) Al-Makwa, Kota Belud mengadakan program sukaneka sebagai pengisian sambutan Hari Kebangsaan Ke-62.

Pelbagai acara sukan dilangsung­kan sebaik sahaja ucapan perasmian berakhir. Antaranya ialah sukan tarik tali pelajar PASTI, menimang bola ping pong di atas sudu sambil berjalan, dan pelbagai lagi aktiviti sukan kanak-kanak yang mencuri perhatian.

Menurut Abd Jabar, sukaneka itu memang dirancang untuk diadakan pada tarikh berkenaan sebagai pengisian menyambut Hari Kebangsaan, serta menyambut Awal Muharam.

Katanya, seramai 125 pelajar dari dua PASTI dan SRITI itu bergabung bagi memeriahka­n program di situ, namun dalam masa yang sama, program itu diharapkan mampu mengeratka­n silaturahi­m antara para ibu bapa pelajar kedua-dua sekolah berkenaan.

“Sekolah ini menawarkan pendidikan Islam bermula daripada asas. Ia juga adalah institusi terbaik bagi menerapkan nilai-nilai Islam serta membentuk akhlak terpuji bagi membentuk keperibadi­an kanak-kanak.

“Apabila mereka melangkah ke sekolah aliran perdana, mereka membawa nilai-nilai unggul Islam yang telah diterapkan kepada mereka di sini. Banyak contoh yang boleh kita lihat, betapa kanak-kanak yang memulai pendidikan awal di sini, kebanyakan­nya menempah kejayaan,” katanya.

Salah seorang ayah pelajar PASTI yang hadir, Mohd Khaidir Harun berkata, modul pendidikan yang digunakan oleh PASTI adalah modul yang disediakan oleh Kementeria­n Pendidikan, yang turut digunakan oleh sekolah pendidikan awal lain.

“Cuma pendekatan antara tadika berbeza. Tadika lain mempunyai pendekatan lain, manakala PASTI pula menekankan nilai-nilai Islam semenjak penubuhann­ya. Justeru, tidak timbul isu PASTI membawa konsep yang berbeza dalam menerapkan pendidikan­nya,” katanya.

Bagaimanap­un, tambah beliau, kurangnya rasa ingin tahu orang ramai mengenai PASTI membuatkan segelintir ahli masyarakat mempercaya­i stigma bahawa sekolah itu menanamkan semangat kepartian, sedangkan perkara itu tidak sama sekali berlaku.

“Perkara itu amat jauh daripada matlamat penubuhan PASTI. Apa yang saya nampak, para guru hanya menerapkan nilai beragama. Malah di PASTI lain, terdapat rakan-rakan bukan Islam yang menghantar anak mereka ke PASTI sematamata untuk mendapatka­n pendidikan bermutu,” katanya.

Langkah PASTI mengadakan sukaneka sebagai salah satu pengisian untuk program Sambutan Hari Kebangsaan dilihat begitu sesuai dan tepat pada masanya, kerana dengan cara demikian kanak-kanak PASTI dapat berkenal mesra antara satu sama lain.

Selain itu, menurut salah seorang ibu bapa yang hadir, Adnan Che Abu, semangat cintakan negara amat dituntut oleh Islam, malahan perkara itu jelas digariskan oleh Nabi Muhammad SAW melalui sabda baginda, ‘cintakan negara adalah sebahagian daripada iman’.

“Kita perlu menanamkan semangat cintakan negara kepada anak-anak semasa mereka dalam umur muda, bak kata pepatah Melayu, ‘jika hendak melentur buluh biar dari rebungnya’. Kita ajarkan mereka mengenai perpaduan melalui aktiviti sebegini.

“Di samping itu, kita boleh ceritakan mengenai pentingnya kita bernegara, apa fungsi raja-raja, makna Rukun Negara, perlembaga­an dan sebagainya. Tetapi tentulah dengan bahasa yang mudah, yang boleh difahami oleh anak-anak seusia begini,” katanya. — Artikel sumbangan Mabulmaddi­n Shaiddin

 ??  ?? AMBIL BAHAGIAN: Gelagat kanak-kanak PASTI yang mengambil bahagian dalam acara yang diadakan.
AMBIL BAHAGIAN: Gelagat kanak-kanak PASTI yang mengambil bahagian dalam acara yang diadakan.
 ??  ?? LINTAS HORMAT: Salah satu PASTI Al-Firdaus membuat lintas hormat.
LINTAS HORMAT: Salah satu PASTI Al-Firdaus membuat lintas hormat.
 ??  ?? BERKEYAKIN­AN: Kanak-kanak PASTI ini melangkah yakin bersama bola pingpong di atas sudu di mulutnya.
BERKEYAKIN­AN: Kanak-kanak PASTI ini melangkah yakin bersama bola pingpong di atas sudu di mulutnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia