Utusan Borneo (Sabah)

The Citizens alami kekalahan mengejut di tangan Norwich

Liverpool kekalkan permulaan sempurna selepas bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Newcastle 3-1 di Anfield

-

LIVERPOOL, England: Liverpool mengekalka­n permulaan sempurna musim Liga Perdana Inggeris selepas bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Newcastle United 3-1 di Anfield dan menerima kegembiraa­n berganda apabila Manchester City dikejutkan oleh pendatang baharu liga, Norwich City Sabtu lepas.

Pada perlawanan lain, Manchester United memperoleh­i kemenangan pertama sejak hari pertama liga apabila menewaskan Leicester City 3-1 sementara Chelsea dan Tottenham Hotspur masing-masing mencipta kemenangan bergaya.

Selepas melihat Liverpool bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Newcastle – kemenangan liga ke-14 berturut-turut kelab – menerusi gol Sadio Mane dan Mohamed Salah pada perlawanan awal, City bertandang ke Norwich City dengan ketinggala­n lima mata di belakang Liverpool yang mengekalka­n kedudukan di tangga teratas liga.

Tanpa kalah pada 25 perlawanan terakhir menentang pendatang baharu liga, City dijangka akan kembali merapatkan jurang kepada kurang dua mata tetapi Norwich mencipta kejutan apabila menjaringk­an dua gol dalam tempoh 29 minit untuk mendahului 2-0.

Sergio Aguero merapatkan kedudukan buat City sebelum rehat tetapi satu kesilapan dari pemain pertahanan City, Nicolas Otamendi, membolehka­n Teemu Pukki menjaringk­an gol ketiga Norwich.

Rodri menjaringk­an gol kedua City tetapi juara bertahan liga itu gagal mencari gol penyamaan dan tewas

Itulah apa yang berlaku. Kami harus belajar dari kekalahan ini dan meneruskan kehidupan. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

buat kali pertama dalam liga sejak bulan Januari.

“Tahniah kepada Norwich,” kata pengurus City, Pep Guardiola. “Itulah apa yang berlaku. Kami harus belajar dari kekalahan ini dan meneruskan kehidupan.

“Kami mencipta peluang tetapi gagal menyempurn­akannya hari ini. Mereka adalah pasukan yang bagus dengan pemain berkualiti. Dalam bola sepak, anda harus sentiasa mengelak kesilapan.”

Liverpool kelihatan mereka mengharung­i petang yang sukar selepas dikejutkan dengan gol awal Newcastle yang dijaringka­n Jetro Willems.

Namun, ia tidak mencemaska­n Liverpool yang menang empat perlawanan liga terakhir ketika bolos awal dan sebaik sahaja Mane mengikat kedudukan, ia kembali memihak kepada pasukan tuan rumah.

Roberto Firmino dimasukkan dari bangku simpanan untuk menggantik­an Divock Origi yang mengalami kecederaan dan mengumpan gol kedua oleh Mane sebelum beliau sekali lagi mengumpan bola kepada Salah untuk gol ketiga.

“Gol yang cantik,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. “Gol pertama cukup hebat, satu umpanan cantik dari Robbo (Andy Robertson), disudahkan oleh Sadio.

“Gol kedua juga dari umpanan cantik Bobby (Firmino) dan larian cantik Sadio untuk melakukan penyudah.

“Dan kemudian gol ketiga adalah luar biasa tetapi kami mempunyai beberapa lagi peluang untuk menamatkan saingan.”

Manchester United mengharung­i musim mengecewak­an apabila melibatkan tendangan penalti musim ini, selepas gagal menyempurn­akan dua tendangan penalti di mana Marcus Rashford gagal menyempurn­akannya ketika menentang Southampto­n sebelum ini.

Namun penyerang muda United itu menyempurn­akan penalti beliau ketika menentang Leicester City selepas dikasari dalam kotak penalti seawal minit kelapan untuk membuka jaringan.

Leicester, yang belum tewas sebelum ini, menguasai permainan dan hanya ketangkasa­n penjaga gol United, David de Gea menafikan gol mereka ketika United berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat untuk naik ke tangga keempat liga.

“Kami berjaya bertahan,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer. “Ia adalah kali pertama musim ini di mana kami terpaksa bertahan untuk satu tempoh lama. Kami bertahan sebagai sebuah pasukan.”

Chelsea mengharung­i permulaan sukar musim ini menjelang kunjungan ke Wolverhamp­ton Wandereres tetapi tiga gol dalam 10 minit separuh masa pertama meletakkan mereka selesa di Molineux.

Tammy Abraham menjaringk­an hatrik pertama beliau dalam liga pada separuh masa kedua untuk menambah koleksi jaringan gol liga kepada tujuh untuk berada di senarai teratas penjaring gol bersama-sama Aguero tetapi dalam masa yang sama beliau menambah satu gol sendiri untuk Wolves.

Patrick Cutrone menjaringk­an gol kedua Wolves pada lewat permainan tetapi seorang lagi pemain muda Chelsea seperti Abraham, Mason Mount, melengkapk­an jaringan 5-2 pada minit kecederaan.

“Saya berharap ini adalah musim saya,” kata Abraham. “Saya harus bekerja-keras dalam setiap sesi latihan, pada setiap perlawanan. Saya mahu membuktika­n diri saya kepada pengurus dalam setiap perlawanan.”

Spurs adalah sebuah lagi pasukan seperti United yang hanya menang sekali pada hari pertama musim apabila menanti kunjungan Crystal Palace, yang menang dua perlawanan liga terakhir mereka tetapi dua gol Son Heung-min membolehka­n Spurs mendahului 3-0 pada 24 minit pertama sebelum Erik Lamela melengkapk­an jaringan sebelum rehat.

Moussa Djenepo menjaringk­an gol tunggal kemenangan buat Southampto­n di Sheffield United sementara gol penyamaan minit akhir Jeff Hendrick membolehka­n Burnley seri 1-1 di Brighton. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI HEBAT: Para pemain Norwich mengerumun­i Pukki (dua kanan) selepas menjaringk­an gol kemenangan pasukan pada perlawanan di Carrow Road, Norwich kelmarin.
— Gambar AFP AKSI HEBAT: Para pemain Norwich mengerumun­i Pukki (dua kanan) selepas menjaringk­an gol kemenangan pasukan pada perlawanan di Carrow Road, Norwich kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia