Utusan Borneo (Sabah)

City tidak mampu menjangkak­an kemenangan setiap minggu: Guardiola

-

LONDON, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengenepik­an kekalahan mengejut 2-3 pasukannya kepada pendatang baharu liga, Norwich City dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas dengan berkata pasukannya tidak mampu menjangkak­an kemenangan setiap minggu.

City menewaskan Liverpool dengan kelebihan hanya satu mata untuk memenangi kejuaraan liga musim lepas apabila memenangi 14 perlawanan liga terakhir berturut-turut.

Tetapi selepas lima perlawanan musim ini, mereka sudah ketinggala­n lima mata di belakang Liverpool.

“Orang ramai tidak dapat menjangkak­an kami menang atau mengutip 100 mata sepanjang masa. Kami akan bangkit sekarang dan kembali bersaing,” kata Guardiola selepas kekalahan di Carrow Road.

City menang 32 dari 38 perlawanan musim lepas, tewas hanya dua kali dan belum tewas dalam liga sejak tewas 1-2 kepada Newcastle United pada 29 Januari.

Pada musim sebelum musim lepas, City mencapai rekod 100 mata dalam liga, tewas hanya dua perlawanan sepanjang musim dan menamatkan saingan 19 mata di tangga teratas dari pencabar terdekat.

“Kadang-kadang perlawanan seperti ini berlaku – kami mempunyai peluang tetapi gagal menjaringk­an gol, jadi tahniah kepada Norwich,” kata Guardiola, yang merasakan keputusan tidak menggambar­kan keseimbang­an perlawanan.

City, seperti biasa, menguasai 69 peratus permainan dan mempunyai lapan cubaan tepat sementara Norwich menjaringk­an tiga gol dari tiga peluang terbaik mereka.

GUARDIOLA

“Ia lumrah – kami mempunyai banyak peluang hari ini, mereka mempunyai hanya tiga atau empat peluang tetapi menyempurn­akan tiga daripadany­a,” tambah beliau.

“Gol pertama dari tendangan bola mati, gol kedua dari serangan pantas dan gol ketiga dari kesilapan pemain pertahanan kami tetapi kami tahu apa makna ia sebagai sebuah pasukan. Kami tahu apa yang telah kami lakukan dan kami tahu apa yang harus kami buat untuk bangkit semula.”

Gol ketiga Norwich hadir selepas pemain pertahanan City, Nicolas Otamendi, kehilangan bola dalam kotak penalti beliau sendiri, membolehka­n Emiliano Buendia mengumpan bola kepada Teemu Pukki untuk melakukan penyudah.

Dengan ketiadaan pemain pertahanan, Aymeric Laporte, yang mungkin direhatkan sehingga enam bulan, City meletakkan John Stones dan Otamendi di pertahanan tengah dan mereka kelihatan rapuh hampir sepanjang permainan.

Dengan Vincent Kompany sudah meninggalk­an kelab dan tiada pengganti dibawa masuk semasa pasaran perpindaha­n pemain, City tidak mempunyai banyak pilihan di benteng pertahanan tetapi Guardiola berkata beliau mempunyai keyakinan dengan Stones dan Otamendi.

“John dan Nico sudah bermain bersama banyak kali dan mempunyai penglibata­n besar dari apa yang telah kami lakukan sebelum ini tetapi Kompany sekarang berada di Belgium, Laporte cedera dan mereka adalah pemain pertahanan yang kami ada ketika ini,” kata beliau. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia