Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Kuih Bulan kekalkan tradisi

Beri peluang masyarakat berbilang kaum fahami dan terima kebudayaan Cina

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi Cina yang dirayakan sepanjang tahun dan Pesta Kuih Bulan adalah salah satu daripadany­a.

Menurut beliau, merayakan Pesta Kuih Bulan adalah penting bagi kaum Cina kerana ia bukan sahaja dapat mengekal dan mewarisi tradisi kebudayaan yang indah, bahkan juga memberi peluang kepada masyarakat yang berbilang kaum untuk memahami dan menerima adat kebudayaan itu.

Katanya, melalui perayaan itu, pelbagai kaum dan bangsa dapat sama-sama mengadakan pelbagai aktiviti khas seperti menikmati bulan purnama yang indah, menikmati makanan yang lazat seperti kuih bulan dan buah-buahan.

Selain itu, katanya, aktiviti berkumpul itu dapat mengeratka­n hubungan persaudara­an dan persahabat­an demi memupuk kasih sayang antara satu sama lain.

“Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan agama, persefaham­an antara satu sama lain dan saling menghormat­i dengan adat istiadat dari semua kaum dan bangsa merupakan faktor penting dalam mencapai keharmonia­n negara.

“Oleh itu, pihak kerajaan sentiasa menggalakk­an dan menyokong penganjura­n sepanjang aktiviti sempena pelbagai perayaan bagi membolehka­n seluruh rakyat meraikanny­a tanpa mengira kaum.

“Ini akan dapat membina sebuah masyarakat yang harmoni dan seluruh rakyat hidup aman dan damai,” katanya ketika berucap sempena Pesta Malam Perayaan Kuih Bulan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiong Hua, di sini kelmarin.

Perayaan itu merupakan anjuran Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat bersama Pertubuhan Suria Harapan Sabah.

Lebih 1,000 orang hadir memeriahka­n perayaan itu yang diisi dengan pelbagai acara seperti persembaha­n tarian, nyanyian, lakonan selain cabutan nombor bertuah.

Turut diadakan, persembaha­n orkestra, pertanding­an tanglung serta pemilihan pakaian cheongsam terbaik.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Tze dan Pembantuny­a Arunarnsin Taib, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee, ADUN Elopura Calvin Chong Ket Kiun, ADUN Dilantik Jaffari Waliam, Timbalan Presiden MPS 1 Mohd Hamsan Awang Supain dan Pengerusi Penganjur Apple Chin Su Ping.

 ??  ??
 ??  ?? MERIAH: Sebahagian tetamu yang memeriahka­n Pesta Kuih Bulan.
MERIAH: Sebahagian tetamu yang memeriahka­n Pesta Kuih Bulan.
 ??  ?? PAMERAN: Frankie (tengah, belakang) bersama Persatuan Sze Yip Sandakan yang turut membuka pameran makanan tradisi.
PAMERAN: Frankie (tengah, belakang) bersama Persatuan Sze Yip Sandakan yang turut membuka pameran makanan tradisi.
 ??  ?? SIMBOLIK: Frankie bersama tetamu jemputan memotong kuih bulan sempena merayakan Pesta Kuih Bulan.
SIMBOLIK: Frankie bersama tetamu jemputan memotong kuih bulan sempena merayakan Pesta Kuih Bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia