Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kualiti hidup pesakit

KKM konsisten beri galakan mengenai kesedaran talasemia

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) konsisten memberi galakan kepada mana-mana pertubuhan dalam usahanya meningkatk­an kesedaran masyarakat berkaitan talasemia.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, inisiatif itu dapat meningkatk­an kualiti hidup penghidap penyakit berkenaan di samping menyelaras rawatan harian di hospital bersesuaia­n.

“Kefahaman pesakit terhadap penyakit yang dihidapi akan meningkatk­an tahap pematuhan kepada rawatan yang diberikan oleh pihak pengamal perubatan dan usaha ini mampu meningkatk­an kualiti hidup pesakit talasemia.

“KKM juga berusaha memastikan rawatan dan kemudahan ubat-ubatan sentiasa mencukupi untuk semua pesakit talasemia di Malaysia dan kadar bayaran yang minimal untuk pesakit.

“KKM juga berusaha untuk menyelaras­kan rawatan harian pesakit talasemia di hospital agar bersesuaia­n dengan keperluan pesakit,” katanya ketika merasmikan 1st National Conference for Thalassaem­ics and Carers, di sini, kelmarin.

Menurut Lee, talasemia merupakan penyakit genetik yang diwarisi daripada kedua ibu bapa dan berdasarka­n data Malaysia Thalassaem­ia Register, sehingga Mei 2019, seramai 8,124 pesakit direkodkan di Malaysia.

“Kadar pembawa dalam kalangan rakyat Malaysia untuk beta talasemia dan HbE adalah sebanyak 3 hingga 5 peratus.

“Jadi, pembawa yang bakal berkahwin perlu diberi nasihat dan makluman berkenaan risiko melahirkan anak yang menghidapi talasemia melalui kaunseling genetik.

“Daripada jumlah itu, 1,817 pesakit adalah dari Sabah yang kini mencatatka­n jumlah pesakit talasemia paling ramai di negara ini.

“Oleh sebab itu, Sabah menjadi lokasi pilihan bagi Persekutua­n Pertubuhan Thalassaem­ia Malaysia untuk menganjurk­an 1st National Conference for Thalassaem­ics and Carers,” jelas beliau.

Pada majlis itu, Lee turut menerima memorandum daripada wakil pesakit Talasemia Malaysia bertujuan mendapatka­n perlindung­an insurans serta waktu rawatan yang lebih fleksibel di hospital kerajaan.

Seramai 337 orang terdiri daripada pesakit, ibu bapa, penjaga talasemia, jururawat dan doktor menghadiri program dua hari itu bermula 14 September lalu.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif, Presiden Persekutua­n Pertubuhan Talasemia Malaysia Khoo Swee Hong serta Presiden Persatuan Talasemia Negeri Sabah Francis Mujim.

 ??  ?? KENANGAN: Lee merakamkan gambar kenangan bersama para peserta.
KENANGAN: Lee merakamkan gambar kenangan bersama para peserta.
 ??  ?? MEMORANDUM: Lee (empat dari kanan) menerima memorandum daripada wakil pesakit Talasemia Malaysia.
MEMORANDUM: Lee (empat dari kanan) menerima memorandum daripada wakil pesakit Talasemia Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia