Utusan Borneo (Sabah)

Tidak mampu menghunus senjata

Pertaruh jari-jemari serta bakat untuk negara

- — Artikel Jabatan Penerangan

EKSPRESI

wajahnya bersungguh-sungguh ketika menceritak­an aspirasi mereka untuk menyiapkan Jalur Gemilang terbesar di Malaysia, bukan daripada kain ataupun bahan kitar semula seperti kebiasaann­ya, tetapi menggunaka­n manik yang dijahit dengan teliti satupersat­u.

Seramai 14 orang penggubah ini rata-ratanya suri rumah, yang perlu bergelut dengan rutin harian menjaga keluarga dan meluangkan masa pada malamnya pula untuk menyiapkan jahitan manik mereka.

Namun semangat untuk menyumbang sesuatu kepada negara tidak menjadi halangan kerana mereka tidak kisah menghabisk­an masa, tenaga dan wang ringgit demi menunjukka­n rasa kasih dan setia kepada tanah air.

Apa sahajalah kudrat seorang wanita desa untuk menyatakan sayangnya kepada negara, tidak mampu menghunus senjata hanya jari-jemari dan bakat sahaja yang mereka mampu pertaruhka­n.

Berhari-hari menyusun manik satu-persatu, dimasukkan jarum pada 24 biji manik setiap baris di atas benang nilon pada acuan kayu khas, dijahit menggunaka­n empat lapis benang dengan teknik Piruruho supaya bentuknya kukuh dan tahan lama.

Penyelaras Gubahan Manik Boduvan, Hanna Porodong mengakui projek membuat bendera daripada manik ini merupakan impiannya yang sudah lama dipendam untuk direalisas­ikan.

“Bila saya sertai pasukan Jiran Wanita KRT Gumantung sebagai jawatankua­sa induk pada Februari lalu, kami membincang­kan aktiviti yang ingin dilakukan lantas saya mencadangk­an untuk buat bendera.

“Ini kerana Kg Tinangol sudah diiktiraf oleh kerajaan tempatan sebagai penggubah manik sehingga dipasangka­n sebuah papan tanda yang boleh dilihat dari jalan raya utama.

“Namun begitu walaupun diberikan papan tanda, tetapi tiada tanda atau bukti yang menyatakan kampung ini memang menggubah manik, jadi itu yang memberi semangat dan idea kepada saya untuk memulakan projek gubahan manik Boduvan ini.

“Mujur Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Matunggong bersetuju untuk membantu dan sumbangan sebanyak RM3,000 segera diluluskan dan diserahkan dalam tempoh tiga bulan kemudian,” jelas Hanna.

Perkataan ‘Boduvan’ berasal daripada bahasa Rungus yang bermaksud wanita yang mahir membuat pelbagai jenis kraf tangan.

Menurut Hanna, sejak awal tahun 1950-an, golongan wanita etnik Rungus di kampung ini merupakan antara penggubah manik yang terawal dan aktif di negeri Sabah.

Katanya juga, dua teknik gubahan manik utama yang unik digunakan untuk membentuk pelbagai motif asli etnik Rungus iaitu teknik Somungon (dua benang dimasukkan dalam lubang manik secara bertentang­an) dan teknik Piruruho (dua benang dimasukkan dalam lubang manik dari arah yang sama).

“Sasaran utama kami pada mulanya membuat bendera Malaysia dan Sabah dalam ukuran 3 x 6 kaki untuk dimasukkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR).

“Tetapi bila saya hubungi pihak MBOR, mereka memaklumka­n bahawa sudah ada negeri lain yang telah mencipta rekod untuk bendera manik ini dan ukurannya lebih besar setengah kaki daripada bendera manik yang telah kami siapkan.

“Apa yang membuatkan saya kagum dan bangga dengan pasukan saya ini, mereka tidak berputus asa setelah mengetahui hal tersebut malahan bertekad untuk mula membuat bendera yang lebih besar daripada baki manik yang ada sedangkan semua usaha yang mereka lakukan ini sebenarnya tidak dibayar, mereka lakukan secara percuma sahaja.

“Jika manik habis digunakan, kami segera berkongsi duit untuk menambah manik yang diperlukan dan salah seorang daripada kami akan ke Kota Kinabalu untuk mendapatka­n bekalan manik,” katanya.

Jahitan manik Jalur Gemilang ini dimulakan pada Ogos lalu sejurus selepas bendera kecil siap sepenuhnya dan dijangka dapat diselesaik­an menjelang Hari Malaysia tahun ini dan kemudian mereka bercadang untuk menghubung­i semula pihak MBOR untuk penilaian.

Walaupun kerja nampak mudahdenga­n hasil kerja bersama, tetapi membuat bendera daripada manik sebenarnya sangat mencabar, terutama sekali pada bahagian bulan dan bintang yang mempunyai lengkung dan bucu yang tajam.

Oleh yang demikian, mereka sepakat mengamanah­kan tugas itu kepada ketua mereka iaitu Jelny Borukot, 55, yang sudah 50 tahun berpengala­man dalam bidang ini dan Jelny juga telah berjaya

menyiapkan tugasannya dalam tempoh dua minggu. “Selepas semuanya sudah siap nanti, semua manik ini akan diikat di hujungnya sebelum dibakar dengan penuh berhati-hati bagi mengelakka­n api itu membakar tali simpulan.

“Apa yang membanggak­an, belum lagi bendera ini sempurna disiapkan, sudah ada badan-badan tertentu yang menawarkan harga yang agak lumayan untuk membelinya dengan syarat kami perlu membuat bendera Sabah juga dengan saiz yang sama.

“Projek ini juga sebagai satu promosi kerana selepas ini juga kami akan membuka tempahan kepada agensi kerajaan dan swasta yang berminat untuk membuat apa sahaja rekaan menggunaka­n manik sekali gus membantu ekonomi suri rumah di luar bandar,” kata Hanna mengakhiri perbualan.

Hanna bersama pasukannya ditemui pada Program Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kecil Matunggong yang dirasmikan oleh PPM N4 Matunggong, Barlus Mangabis, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama juga, Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kudat turut disambut dan disempurna­kan Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah, Chong Chin Bin@Ben Chong merangkap ADUN Tanjung Kapor.

Dalam ucapannya, Ben berkata bahawa nikmat kemerdekaa­n sebenar sudah dicapai oleh rakyat.

“Walaupun ia bukan kemerdekaa­n yang mutlak, tetapi merupakan kebebasan penuh untuk mencorakka­n masa depan negeri sendiri sudah semakin jelas kelihatan.

“Saya amat bertuah kerana mempunyai seorang Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempunyai kesabaran yang cukup tinggi dalam memperjuan­gkan dan mengembali­kan martabat Sabah.

“Pemimpin-pemimpin kita dan Sarawak telah melakukan yang terbaik untuk mendapatka­n kembali hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian 1963 atau lebih dikenali sebagai MA63.

“Kita patut berbangga kerana 7 dari 21 permintaan itu sudah diluluskan. Saya amat optimistik, khabar gembira buat seluruh rakyat Sabah bakal diumumkan semasa Hari Malaysia nanti,” katanya.

Tambahnya, tiada istilah penat ataupun menyerah kalah kerana kerajaan Persekutua­n diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed juga amat berkomprom­i dengan rakyat Sabah.

“Namun, mungkin akan ada permintaan yang akan memberi impak besar terhadap ekonomi negara, akan ditolak.

“Saya pasti, pucuk pimpinan negeri tahu apa yang mereka lakukan. Tidak sekarang, lain masa pasti akan dapat kita lihat tuntutan itu direalisas­ikan sepenuhnya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kudat Sapdin Ibrahim.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HADIR: Barlus (tengah) bersama ketua jabatan dan pemimpin masyarakat pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kecil Matunggong.
HADIR: Barlus (tengah) bersama ketua jabatan dan pemimpin masyarakat pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kecil Matunggong.
 ??  ?? SIJIL: Sapdin (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil kepada antara wakil kontinjen yang memenangi acara perbarisan.
SIJIL: Sapdin (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil kepada antara wakil kontinjen yang memenangi acara perbarisan.
 ??  ?? BANGGA: Hanna bangga dengan pasukannya yang bersemanga­t menyiapkan bendera.
BANGGA: Hanna bangga dengan pasukannya yang bersemanga­t menyiapkan bendera.
 ??  ?? TELITI: Manik yang siap dijahit pada acuan akan dikeluarka­n dan disambung antara satu dengan yang lain.
TELITI: Manik yang siap dijahit pada acuan akan dikeluarka­n dan disambung antara satu dengan yang lain.
 ??  ?? MANIK: Sebanyak 24 biji manik dimasukkan pada jarum satu-persatu setiap baris mengikut acuan.
MANIK: Sebanyak 24 biji manik dimasukkan pada jarum satu-persatu setiap baris mengikut acuan.
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Pasukan yang bersemanga­t menyiapkan Jalur Gemilang kebanggaan mereka.
BERSEMANGA­T: Pasukan yang bersemanga­t menyiapkan Jalur Gemilang kebanggaan mereka.
 ??  ?? INOVASI: Tali dipasang pada acuan kayu khas inovasi daripada penduduk kampung.
INOVASI: Tali dipasang pada acuan kayu khas inovasi daripada penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia