Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan terus komited bangunkan semua PBT di Sabah

- Oleh Yap Siong Han

NABAWAN:

Kerajaan akan terus komited untuk membangunk­an semua daerah di Sabah berdasarka­n konsep tersendiri yang terdapat pada setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, agenda pembanguna­n setiap PBT yang ingin dicapai itu bukan retorik semata-mata, sebaliknya akan direalisas­ikan agar masyarakat khususnya di luar bandar tidak ketinggala­n dari arus kemajuan ekonomi.

“PBT hijau khususnya di sini dan Tongod adalah antara usaha kita dan pembanguna­n seumpamany­a adalah terbaik dan merupakan yang pertama di negara ini.

“Ini bukan sekadar cerita sahaja, Nabawan dan Tongod mempunyai kekayaan dari segi khazanah alam serta kita tidak akan merosakkan kehijauan ini,” katanya ketika menyampai ucapan sempena lawatan rasmi beliau ke Nabawan sempena persediaan PBT Hijau, di sini kelmarin.

Beliau berkata, kekayaan alam sekitar di sini perlu dikekalkan dan dipulihara bagi memastikan ia dapat dijadikan punca sumber ekonomi masyarakat setempat.

Katanya, bukit yang terdapat dalam daerah ini jangan ‘dibotakkan’ dan perlu dikekalkan dalam usaha bagi menjadikan Nabawan sebagai destinasi tarikan pelanconga­n.

“Nanti apabila PBT hijau di sini dan Tongod dilancarka­n, ini akan menjadi sejarah kepada kita kerana ia menjadi PBT pertama di Malaysia mengamalka­n pembanguna­n PBT hijau,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, pembanguna­n PBT hijau akan dilaksanak­an secara tersusun, komprehens­if dan terancang dengan mengekalka­n alam persekitar­an.

Katanya, pembanguna­n seumpamany­a di PBT Nabawan dan Tongod dilaksanak­an agar ia mampu menyediaka­n peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew.

 ??  ?? Jaujan (duduk, enam kanan), George (duduk, lima kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama ahli Majlis Daerah Nabawan. KENANGAN:
Jaujan (duduk, enam kanan), George (duduk, lima kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama ahli Majlis Daerah Nabawan. KENANGAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia