Utusan Borneo (Sabah)

Tiga ‘orang hanyut’ dari Tarakan diserahkan kepada KRI Tawau

- Oleh Amir Anuar

TAWAU:

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah secara rasminya menyerahka­n tiga ‘orang hanyut’ yang ditemukan di perairan Pulau Sipadan, Semporna kepada Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Mangsa, seorang mekanik Herison Kawihing, 56, nelayan Taluddin Kobbi, 46, dan anak lelakinya Jumriadi Taluddin, 23, diserahkan di Pejabat KRI Tawau, malam semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, ketigatiga mangsa juga akan terus berada dalam jagaan PPM selama mereka masih berada di negara ini.

“Penyerahan kesemua rakyat Indonesia terlibat kepada KRI Tawau sudah selesai, tetapi kita masih bertanggun­gjawab kerana jongkong mereka masih belum boleh belayar balik.

“Buat masa ini, keadaan cuaca, ombak dan jerebu tidak mengizinka­n kesemua mangsa balik ke Indonesia, jadi kita nasihatkan mereka tidak belayar untuk sementara waktu.

“Jika keadaan sudah mengizinka­n, kita akan mengiringi jongkong mereka sehingga ke kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di perairan Pulau Sebatik,” katanya.

Pajeri mengakui lega kerana urusan terbabit berjalan dengan lancar dan baik, malah turut mendapat restu daripada Pesuruhjay­a Polis Sabah dan Bukit Aman.

Menurutnya, proses pemeriksaa­n dan soal siasat terhadap ketiga-tiga mangsa sebelum ini adalah prosedur biasa untuk memastikan ancaman perairan negara sentiasa terjaga.

“Kita berhadapan jenayah rentas sempadan seperti rompakan, penculikan, penyeludup­an dan sebagainya, justeru, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam menangani sesuatu kes.

“Kita berperanan menjaga keamanan perairan negara khususnya perkara yang melibatkan pengguna laut seperti nelayan, penduduk pulau dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu, sekiranya ada kehadiran mencurigak­an di sempadan melibatkan kes penceroboh­an, proses penahanan dan pemeriksaa­n perlu dijalankan terlebih dahulu.

Menyentuh situasi ketigatiga mangsa pula, beliau berkata siasatan yang dijalankan mendapati mereka memang mengalami musibah di laut dan tidak mempunyai niat jahat.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB: Pajeri berkata PPM akan mengiringi jongkong ketiga-tiga mangsa belayar pulang dari Semporna ke Sg Nyamuk, sebaik keadaan cuaca mengizinka­n.
TANGGUNGJA­WAB: Pajeri berkata PPM akan mengiringi jongkong ketiga-tiga mangsa belayar pulang dari Semporna ke Sg Nyamuk, sebaik keadaan cuaca mengizinka­n.
 ??  ?? TANDATANGA­N: Pajeri mewakili PPM menurunkan tandatanga­n di borang penyerahan ketiga-tiga mangsa kepada KRI Tawau.
TANDATANGA­N: Pajeri mewakili PPM menurunkan tandatanga­n di borang penyerahan ketiga-tiga mangsa kepada KRI Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia