Utusan Borneo (Sabah)

Program PANTAS di Kota Belud

Kg Kiau Taburi dijadikan kawasan pertama pelaksanaa­n program

-

KOTA BELUD: Penantian penduduk Kampung Kiau Taburi untuk mendapatka­n geran tanah akan menjadi kenyataan apabila Program Perkhidmat­an Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) di kampung itu dilaksanak­an tidak lama lagi.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, program pengukuran PANTAS di kawasan kampung itu merupakan program seumpamany­a yang pertama di daerah ini dan akan diperluask­an ke kawasan lain selepas ini.

“Bagi kawasan Kampung Kiau Taburi, arahan ukur telah dikeluarka­n pada 12 September lalu untuk mengukur seluas 500 ekar tanah di kampung ini melibatkan 254 lot.

“Oleh itu, saya berharap penduduk kampung memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan juruukur yang dipertangg­ungjawabka­n untuk melaksanak­an pengukuran di sini agar tempoh lapan bulan yang ditetapkan bagi menyiapkan kerja pengukuran tanah di kawsaan ini dapat dipendekka­n kepada enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program PANTAS Kampung Kiau Taburi Kota Belud, di dewan masyarakat kampung itu, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Tanah dan Ukur Sabah Datuk Safar Untong, Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur Bernard Liew, Pegawai Daerah Kota Belud Diyanah Abdullah, PPM Kadamaian Saikom Watis dan Ketua Kampung Kiau Taburi Liam Sumbin.

Ewon yang juga ADUN Kadamaian berkata, pemilihan Kampung Kiau sebagai lokasi pertama pelaksanaa­n Program PANTAS di kawasan Kota Belud dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian adalah kerana beliau mahu memastikan kejayaan dan kelancaran program itu.

“Jika ada pertikaian tanah dalam kalangan penduduk kampung, pemimpin akar umbi atau ketua kampung harus mencari jalan penyelesai­annya. Ini penting kerana kejayaan program PANTAS di Kg Kiau akan menggambar­kan kejayaan keseluruha­n program ini di Kota Belud kelak,” katanya.

Menurut beliau, pengukuran 254 lot pertama berkenaan merupakan fasa pertama daripada keseluruha­n 1,000 lot tanah yang dijangka akan diukur di bawah Program PANTAS Kiau melibatkan limah kampung berhampira­n.

Ia merupakan usaha berterusan beliau dalam menyelesai­kan isu-isu yang menjadi keprihatin­an rakyat Kadamaian, iaitu permohonan tanah selain daripada keperluan pembanguna­n infrastruk­tur asas dan pembanguna­n ekonomi melalui aktiviti keusahawan­an desa.

“Saya gembira kerana dapat membawa Program PANTAS ke daerah Kota Belud bermula di kawasan DUN Kadamaian dan fasa pertama dilaksanak­an di Kg Kiau.

“Para pemohon ini telah menunggu berpuluh tahun lamanya. Dengan adanya Program PANTAS, ia dapat mempercepa­tkan pengukuran secara berkelompo­k permohonan-permohonan oleh penduduk tempatan,” katanya.

“Saya dapat melihat keceriaan dalam kalangan penduduk di sini kerana satu daripada impian mereka kini dapat kita laksanakan,” katanya.

Ewon juga menyokong permohonan penduduk Kg Kiau Nuluh untuk mewartakan lebih kurang 1,000 ekar yang terkeluar daripada sempadan Taman-Taman Sabah sebagai Tanah Simpanan Anak Negeri untuk tujuan hutan tagal komuniti.

“Saya telah diberikan taklimat oleh Taman-Taman Sabah berkenaan sempadan ini dan dimaklumka­n mengenai pengeluara­n 1,000 ekar berkenaan.

“Penduduk Kiau Nuluh melalui Persatuan Memulihara Warisan Tradisi dan Alam Semula Jadi Kampung Kiau Nuluh (GOMPITO) telah memohon supaya kawasan itu diwartakan sebagai Tanah Simpanan anak Negeri kerana selama ini pun, mereka mempunyai hak tanah adat atau ‘customary right’.

“Justeru, dengan kehadiran pengarah, penolong Pemungut Hasil Tanah dan pengurusan­an kanan Jabatan Tanah dan Ukur di Kg Kiau pada majlis ini, saya menyokong sepenuhnya permohonan ini yang telahpun dikemukaka­n beberapa tahun lepas.

“Perbincang­an tertentu bersama JTU juga telah dilaksanak­an, termasuk yang saya pengerusik­an di pejabat saya di KPLB Sabah,” katanya.

Beliau berkata, pewartaan itu bertujuan mewujudkan Hutan Tagal Komuniti bagi tujuan konservasi hutan dan tadahan air oleh komuniti kampung serta aktiviti ekopelanco­ngan luar bandar berasaskan komuniti.

 ??  ?? LIHAT PELAN: Ewon (dua dari kiri), Safar (tiga dari kiri) dan Diyannah (kiri) melihat pelan kawasan Kampung Kiau Taburi pada majlis itu.
LIHAT PELAN: Ewon (dua dari kiri), Safar (tiga dari kiri) dan Diyannah (kiri) melihat pelan kawasan Kampung Kiau Taburi pada majlis itu.
 ??  ?? BERSALAMAN:Ewonbersal­amandengan­pegawaiJab­atanTanah dan Ukur pada majlis itu.
BERSALAMAN:Ewonbersal­amandengan­pegawaiJab­atanTanah dan Ukur pada majlis itu.
 ??  ?? LANCAR: Ewon ketika melancarka­n Program PANTAS Kg Kiau Taburi, turut kelihatan Safar.
LANCAR: Ewon ketika melancarka­n Program PANTAS Kg Kiau Taburi, turut kelihatan Safar.
 ??  ?? GAMBARBERS­AMA:Ewonbergam­barbersama­pegawai-pegawai Jabatan Tanah dan Ukur yang hadir pada majlis itu.
GAMBARBERS­AMA:Ewonbergam­barbersama­pegawai-pegawai Jabatan Tanah dan Ukur yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? BERSAMA PENDUDUK: Ewon bergambar bersama sebahagian penduduk Kampung Kiau.
BERSAMA PENDUDUK: Ewon bergambar bersama sebahagian penduduk Kampung Kiau.
 ??  ?? BERUCAP: Ewon ketika berucap pada majlis itu.
BERUCAP: Ewon ketika berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia