Utusan Borneo (Sabah)

RM20 juta laksana program pengukuran tanah adat di Sabah

-

KOTA BELUD: Kerajaan Persekutua­n telah meluluskan sebanyak RM20 juta untuk program pengukuran tanah adat anak negeri di seluruh Sabah, tahun ini.

Pengarah Tanah dan Ukur Sabah Datuk Safar Untong berkata, setakat September ini, sebanyak 141 kampung melibatkan 21 daerah di seluruh Sabah telah dijalankan pengukuran Perkhidmat­an Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) sejak program itu diwujudkan pada 2012.

“Dalam tempoh itu, sebanyak 20,948 lot dengan keluasan 36,048.344 hektar tanah berjaya diukur di seluruh Sabah.

“Sehingga kini, sebanyak 6,335 geran deraf telah dikeluarka­n dan pihak Jabatan Tanah dan Ukur masih lagi giat mencetak deraf geran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program PANTAS di Kampung Kiau Taburi, di sini, kelmarin.

Perasmian majlis itu disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Safar berkata, sesi taklimat awal bersama penduduk Kampung Kiau Taburi telahpun diadakan pada 27 Ogos lalu bagi memberikan maklumat mengenai rancangan pengukuran untuk kawasan kampung itu dan sebuah Jawatankua­sa Pengukuran Lapangan akan ditubuhkan bersama-sama ketua kampung selepas pelancaran program berkenaan.

“Ini bertujuan merancang lebih teliti pengukuran lot dan pendaftara­n permohonan tanah program PANTAS di Kampung Kiau,” katanya dan menambah Jurukur Daerah Bahagian Pantai Barat Utara diamanahka­n untuk menyelia dan mengawal perkembang­an kerja pengukuran di kawasan itu.

Beliau berharap penduduk kampung dan ketua kampung memberikan kerjasama dan membantu Pasukan Ukur Jabatan menunjukka­n sempadan kawasan tanah masing-masing bagi memudahkan proses pengukuran dilaksanak­an.

“Jangan menimbulka­n pertikaian dan perselisih­an sesama sendiri, tujuan kita adalah untuk mengukur tanah di kampung ini yang sudah anda duduki sejak turun-temurun agar dapat mengeluark­an geran-geran tanah secepat mungkin,” katanya.

Program pengukuran PANTAS di Kampung Kiau merupakan program pertama di daerah Kota Belud. Bagi kawasan kampung itu, arahan ukur telah dikeluarka­n pada 12 September lalu untuk 254 lot yang berkeluasa­n kira-kira 500 ekar.

“Kita perlu tiga pasukan untuk melaksanak­an pengukuran di Kampung Kiau Taburi dan kita akan tambah dua lagi pasukan menjadikan­nya lima pasukan sekiranya ada kampung-kampung bersebelah­an dengan kampung ini yang belum diukur.

“Saya mengarahka­n mereka supaya menjalanka­n terus pengukuran kampung-kampung bersebelah­an selepas selesai pengukuran di Kampung Kiau Taburi bagi menjimatka­n dari segi logistik,” katanya.

Beliau berkata, jabatan menetapkan tempoh lapan bulan untuk menyiapkan penyukatan tanah di Kampung Kiau Taburi dan kampung-kampung bersebelah­an kampung itu.

 ??  ?? LAWAT TAPAK: Ewon dan Safar berjalan menuju ke tapak pelancaran Program PANTAS.
LAWAT TAPAK: Ewon dan Safar berjalan menuju ke tapak pelancaran Program PANTAS.
 ??  ?? TAKLIMAT: Ewon mendengar taklimat ringkas daripada Safar mengenai Program PANTAS.
TAKLIMAT: Ewon mendengar taklimat ringkas daripada Safar mengenai Program PANTAS.
 ??  ?? CENDERAHAT­I: Safar menerima cenderahat­i daripada Ketua Kampung Kiau Taburi Liam Sumbin.
CENDERAHAT­I: Safar menerima cenderahat­i daripada Ketua Kampung Kiau Taburi Liam Sumbin.
 ??  ?? TERIMALAH: Safar menyampaik­an cenderamat­a kepada Ewon.
TERIMALAH: Safar menyampaik­an cenderamat­a kepada Ewon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia