Utusan Borneo (Sabah)

Dana asing kembali ke Bursa Malaysia

Catat aliran masuk dana asing bersih RM247.1 juta dari Selasa hingga Khamis

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menyaksika­n sedikit pemulihan minggu lepas, mencatatka­n aliran masuk dana asing bersih berjumlah RM247.1 juta dari Selasa hingga Khamis (10-12 Sept) berbanding aliran keluar dana asing bersih sebanyak RM198.0 juta dalam tempoh tiga hari yang sama minggu sebelumnya.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur asing menyumbang 34.68 peratus bagi pasaran minggu lepas, sementara institusi tempatan menguasai 45.84 peratus dan peruncit tempatan pada 19.48 peratus.

Bagaimanap­un, institusi tempatan menjadi penjual bersih di FBM KLCI minggu lepas, dengan aliran keluar berjumlah RM288.4 juta berbanding aliran masuk RM186.2 juta minggu sebelumnya, manakala peruncit tempatan kekal sebagai pembeli bersih, mencatatka­n aliran masuk sebanyak RM41.3 juta minggu lepas daripada RM11 .9 juta minggu sebelumnya.

“Trend itu selari dengan peningkata­n prospek dalam rundingan perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China yang dijangka diadakan pada Oktober.

“Selain itu, China telah mengumumka­n pengecuali­an tarif untuk beberapa produk diimport dari AS dan begitu juga AS telah menunda pelaksanaa­n tarif tambahan lima peratus ke atas import dari China ke 15 Okt,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata Bank Pusat Eropah juga telah mengurangk­an kadar kemudahan deposit mereka sebanyak 10 mata asas kepada -0.5 peratus dan memperkena­lkan penguranga­n kuantitati­f sebanyak 20 bilion euro sebulan pada mesyuarat Majlis Gabenor pada Khamis.

“Ringkasnya, persekitar­an luaran adalah menggalakk­an, sekurang-kurangnya untuk jangka masa segera dan ini telah diterjemah­kan kepada sentimen lebih baik dalam pasaran,” katanya.

Mengenai prestasi Bursa Malaysia, ia memulakan minggu lepas dalam kedudukan kurang memberangs­angkan berikutan hujung minggu yang panjang, diheret terutamany­a oleh kejatuhan mendadak saham Axiata dan Digi selepas pembatalan cadangan penggabung­an mega Axiata-Telenor yang diumumkan pada 6 Sept. Bursa Malaysia diniagakan di bawah paras psikologi 1,600, terjejas oleh jualan asing.

Bagaimanap­un, FTSE Bursa Malaysia KLCI berjaya melepasi paras 1,600 pada Rabu, yang disokong oleh kaunter minyak dan gas yang mempamerka­n prestasi kukuh seiring dengan kekuatan ditunjukka­n dalam harga minyak global, kata seorang penganalis­is.

Tetapi, pelabur asing, katanya, beralih daripada pasaran kewangan Malaysia berikutan data rizab antarabang­sa kasar yang tidak menggalakk­an, yang menyusut sebanyak 0.4 peratus kepada AS$103.5 bilion pada 30 Ogos 2019, berbanding bulan sebelumnya.

Pada Khamis, Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian, sebahagian­nya disebabkan aktiviti pengambila­n untung di tengah-tengah aliran menurun dalam kalangan pasaran ekuiti utama Asia Tenggara susulan keputusan peruntukan serantau dibuat oleh pengurus dana untuk beralih daripada pasaran berkenaan, katanya.

Bagaimanap­un, belian di saat akhir meningkatk­an Bursa Malaysia untuk mengakhiri urus niaga minggu lepas dalam kedudukan positif, menjelang satu lagi hujung minggu yang panjang, berikutan adanya petunjuk baharu dagangan terutamany­a saham spesifik yang telah menunjukka­n pertumbuha­n pendapatan serta saham jenis pengguna yang berdaya tahan.

Sementara itu, keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalka­n kadar dasar semalaman pada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari pada Khamis disifatkan sebagai langkah baik untuk ringgit.

“Kurangnya langkah untuk menurunkan lagi kadar juga diterjemah­kan kepada pengukuhan ringgit. Ringgit yang lemah mempunyai kesan besar terhadap perbelanja­an pengguna di Malaysia.

“Ini dapat dilihat dalam data import terbaru yang menyaksika­n penurunan besar. Ini menunjukka­n bahawa ringgit, yang telah menyusut dalam tempoh beberapa bulan, memberi kesan terhadap kemerosota­n permintaan domestik dan jika ini berterusan terlalu lama, ia akan memberi kesan terhadap pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia