Utusan Borneo (Sabah)

Moscow tangguhkan rundingan dengan Taliban

-

MOSCOW:

Satu delegasi Taliban yang mengadakan rundingan dengan beberapa orang pegawai Rusia di Moscow selepas rundingan AS dengan pengganas Afghan menemui kegagalan, menurut kementeria­n luar negara Rusia kelmarin.

“Wakil khas presiden Rusia untuk Afghanista­n, Zamir Kabulov, menerima kehadiran delegasi Taliban di Moscow,” menurut seorang jurucakap kementeria­n, dipetik oleh agensi berita milik negara RIA Novosti.

Tiada tarikh bagi rundingan telah diberikan.

“Pihak Rusia menegaskan tentang perlunya untuk melancarka­n semula rundingan di antara Amerika Syarikat dan pergerakan Taliban,” jelas jurucakap tersebut.

“Bagi pihak mereka, pihak Taliban mengesahka­n kesanggupa­n mereka untuk meneruskan dialog dengan Washington,” tambah beliau.

Sehingga seminggu lepas jangkaan telah semakin bertambah mengenai satu perjanjian AS-Taliban yang akan melihat pengundura­n anggota tentera AS di Afghanista­n dan pihak Taliban menawarkan jaminan keselamata­n bagi mengeluark­an kumpulan ekstremis.

Namun pada minggu lepas, Trump mendedahka­n beliau telah membatalka­n satu pertemuan yang tidak dijangkaka­n di antara Taliban dan beliau sendiri di Amerika Syarikat dan mengumumka­n rundingan dengan pihak militan sebagai “gagal.”

Dalam satu kenyataan Twitter pada Sabtu lepas, Trump berkata: “Taliban tidak pernah diserang dengan lebih terik berbanding ia sedang alami sekarang. Membunuh 12 orang, termasuk seorang anggota tentera Amerika, adalah bukannya satu idea yang baik. Terdapat banyak lagi cara lain yang lebih baik bagi melakukan satu rundingan. Taliban mengetahui mereka telah melakukan satu kesilapan besar, dan mereka tiada idea untuk bagaimana memulihkan­nya!”

Dengan lebih dari 13,000 orang anggota tentera AS yang masih lagi ada di Afghanista­n, Trump kelihatan tidak sabar untuk menamatkan perang paling lama di Amerika, dilancarka­n 18 tahun lepas selepas serangan 11 September.

Namun kebimbanga­n semakin berkembang sekarang bagi keganasan yang bertambah dengan pilihan raya presiden dijangkaka­n pada 28 September di Afghanista­n.

Pilihan raya, yang keempat sejak kejatuhan Taliban pada 2001, telah ditangguhk­an sebanyak dua kali pada tahun ini.

Pasukan tentera kerajaan dan Taliban telah terlibat dalam pertempura­n sengit di sekitar negara, dengan pihak militan berjanji akan meneruskan perjuangan dan membuat AS berasa kesal kerana tidak meneruskan dengan rundingan.

Rusia telah cuba untuk mempengaru­hi rundingan damai dan melakukan dua pertemuan di Moscow bersama pemimpin politik Afghan pada awal tahun ini. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia