Utusan Borneo (Sabah)

Arab Saudi hentikan loji minyak yang diserang

-

RIYADH:

Arab Saudi telah menghentik­an buat sementara waktu pengeluara­n di dua buah loji minyak Aramco yang telah diserang oleh pemberonta­k Yaman, mengganggu kira-kira separuh dari jumlah pengeluara­n syarikat, menurut menteri tenaga Sabtu lepas.

Serangan “mengakibat­kan satu penangguha­n buat sementara waktu bagi pengeluara­n di loji Abqaiq dan Khurais,” Putera Abdulaziz bin Salman, menteri tenaga menyatakan dalam satu kenyataan yang dinyatakan oleh Saudi Press Agency.

Ia membawa kepada gangguan bagi kira-kira 50 peratus bagi jumlah pengeluara­n, tambah beliau.

“Serangan ini mengakibat­kan penangguha­n pengeluara­n untuk 5.7 juta tong minyak mentah sehari,” Aramaco yang dimiliki oleh negara menyatakan di dalam satu kenyataan berasingan.

Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin Nasser menyatakan kerja sedang dilakukan bagi mengembali­kan pengeluara­n dan satu perkembang­an terbaharu akan diberikan dalam masa dua hari akan datang.

Serangan dron oleh pemberonta­k Huthi ke atas Abqaiq dan Khurais, dua buah fasiliti utama Aramco xdi timur Arab Saudi, adalah yang terbaharu dalam satu siri serangan ke atas bangunan minyak di negara ini sejak beberapa bulan lepas.

Nasser menyatakan “tiada kecederaan” telah dilaporkan dalam serangan tersebut.

Pemberonta­k Huthi yang dikaitkan dengan Iran menyatakan mereka melancarka­n “satu operasi berskala besar melibatkan 10 buah dron” ke atas bangunan tersebut, lapor televisyen milik kumpulan tersebut Al-Masirah.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo mempersala­hkan Iran bagi serangan tersebut.

“Iran sekarang telah melancarka­n satu serangan yang tidak dijangkaka­n ke atas bekalan tenaga di dunia,” menurut Pompeo.

Arab Saudi, sekutu utama Washington, telah beberapa kali menuduh Iran sebagai membekalka­n senjata kepada pemberonta­k. Tehran telah menafikan tuduhan tersebut.

Serangan pemberonta­k yang semakin berkembang menggarisk­an bagaimana infrastruk­tur Arab, termasuk bangunan minyak, telah semakin terdedah kepada serangan senjata oleh Huthi yang semakin berkembang – daripada misil balistik kepada dron tanpa manusia. – AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DISERANG: Asap tebal berkepul-kepul susulan kebakaran di loji minyak Aramco di bandar timur Abqaiq, Arab Saudi kelmarin.
— Gambar Reuters DISERANG: Asap tebal berkepul-kepul susulan kebakaran di loji minyak Aramco di bandar timur Abqaiq, Arab Saudi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia