Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai disiasat lanjut dalam kes 43 guru pelatih hilang

-

BANDAR MEXICO: Pihak pendakwa raya Mexico akan menyiasat beberapa orang pegawai yang berada di bawah kerajaan sebelum ini menguruska­n siasatan mencurigak­an mengenai kehilangan tahun 2014 bagi 43 orang guru pelatih, menurut pejabat peguam negara pada Sabtu lepas.

Penculikan dan pembunuhan guru pelatih dikatakan oleh anggota polis korup bekerja dengan sebuah kumpulan dadah telah mencetuska­n kecaman antarabang­sa terhadap Mexico dan menjejaska­n dengan serius reputasi presiden ketika itu Enrique Pena Nieto.

Pada minggu lepas, pengganti beliau, President Andres Manuel Lopez Obrador, menyatakan kerajaan akan memfailkan aduan kepada pihak peguam negara mengenai pembebasan dari penjara bagi salah seorang dari beberapa orang suspek utama di sebalik kehilangan pada 26 September, 2014.

Seoranghak­immengarah­kan pembebasan Gildardo Lopez Astudillo, ketua kumpulan yang dipersalah­kan kerana mengarahka­n pembunuhan pelajar berkenaan, selepas mendapati bahawa anggota polis telah menyeksa dia untuk mendapatka­n maklumat.

Dalam satu kenyataan, pejabat peguam negara menyatakan bahawa sebuah pejabat pendakwa raya khas akan mengemukak­an bukti yang perlu supaya anggota polis yang telah gagal dalam menjalanka­n tugas mereka akan dianggap bertanggun­gjawab bagi cara mereka menguruska­n kes.

Siasatan oleh pihak pentadbira­n sebelum ini telah diragui sepenuhnya oleh pihak awam dan anggota keluarga mangsa, menurut pejabat peguam negara.

Pejabat hak asasi manusia PBB menyatakan dalam satu laporan pada tahun lepas bahawa pihak berkuasa Mexico kemungkina­n telah menyeksa beberapa orang ketika siasatan.

Populariti Pena Nieto tidak pulih sepenuhnya daripada skandal tersebut, dan sebuah panel terdiri dari pakar bebas menyiasat dalam keterangan rasmi siasatan mengenai nasib 43 orang pelajar yang telah diketuai oleh peguam negara ketika itu Jesus Murillo.

Keterangan menyatakan pelajar tersebut telah dibunuh dan kemudian dibakar oleh anggota kumpulan selepas penculikan mereka di bandar barat daya Iguala.

Bagaimanap­un, pihak penyiasat hanya telah mengenal pasti mayat seorang daripada 43 mangsa terbabit.

Lopez Obrador, yang memegang jawatan pada Disember, berjanji semasa kempen pilihan rayanya untuk melancarka­n sebuah suruhanjay­a kebenaran bagi mengetahui apa yang telah berlaku terhadap pelajar tersebut. – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia