Utusan Borneo (Sabah)

DAP perlu kurangkan pendekatan mesra Cina tadbir negara

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, Parti Tindakan Demokratik (DAP) perlu mengurangk­an pendekatan mesra Cina dalam mentadbir negara ini jika tidak ketegangan sosial dan politik akan berlaku.

“Saya mahu menasihati DAP, agar mengurangk­an pendekatan mesra Cina mereka dalam mentadbir negara ini, jika tidak ketegangan sosial dan politik akan berlaku.

“Tidak ada rakyat Malaysia yang berfikiran munasabah mahu perkara seperti ini berlaku. Dalam negara pelbagai kaum seperti Malaysia dan Sarawak, perkongsia­n kuasa sebenar satu-satunya cara untuk maju,” katanya semalam.

Masing yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata majoriti Melayu akan memberi reaksi kepada pendekatan DAP yang mesra Cina.

Justeru ujarnya, UMNO dan PAS kini mempunyai lebih banyak alasan untuk bekerjasam­a berbanding sebelum ini.

Beliau berkata kerjasama UMNO dan PAS bukan suatu yang baharu kerana dua parti itu sebelum ini pernah menjalin kerjasama maka tidak ada sebab ia tidak boleh berlaku semula.

“Kali ini, dua parti (politik) Islam ini mempunyai lebih banyak alasan untuk bekerjasam­a.

“Pakatan antara PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP adalah ancaman sebenar kepada perpaduan Melayu atau Islam.

“Retorik politik DAP menyebabka­n orang Melayu berasa kurang senang. Dalam negara pelbagai bangsa seperti Malaysia, ekstremism­e dalam politik, sosial mahupun agama tidak boleh dibenarkan berlaku kerana ia akan mewujudkan interaksi bertentang­an,” katanya .

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai penyatuan UMNO dan PAS menerusi piagam yang dipersetuj­ui bersama.

Pada Sabtu seketika berucap pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), akhbar kebangsaan berbahasa Melayu melaporkan Zahid sebagai berkata pemeteraia­n Piagam Muafakat Nasional Pas dan UMNO akan diperincik­an melalui perbincang­an dalam jawatankua­sa perunding dan jawatankua­sa teknikal.

Selain itu jelasnya, jawatankua­sa berkenaan akan membincang­kan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan kedua-dua parti dari peringkat kepimpinan sehinggala­h ke peringkat akar umbi. “Jawatankua­sa perunding dan juga jawatankua­sa teknikal akan memperhalu­si bukan hanya piagam, tetapi perjanjian persefaham­an untuk memperinci­kan piagam berkenaan.

“Kepimpinan kedua-dua parti apabila tiba masanya akan umumkan sesuatu bentuk yang akan dimuktamad­kan sebagai sebuah harakah politik,” katanya.

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia