Utusan Borneo (Sabah)

Netflix, Apple bersaing untuk kuasai pasaran striming India

-

PERSAINGAN dalam pasaran striming yang berkembang pesat di India semakin sengit selepas Netflix bergabung tenaga dengan seorang pengarah filem ceria blockbuste­r Bollywood manakala Apple melancarka­n platform TV dengan bayaran 99 rupee (AS$1.39) sebulan. Netflix baru-baru ini mengumumka­n kerjasama jangka panjang dengan Dharmatic Entertainm­ent milik Karan Johar untuk membuat beberapa filem dan siri fiksyen dan bukan fiksyen baharu bagi platform tersebut. Johar sudah mengarah lapan buah filem termasuk ‘Kuch Kuch Hota Hai’ bersama bintang mega Bollywood, Shah Rukh Khan, dan ‘Raazi’, yang dicalonkan untuk filem terbaik di Anugerah Akademi Filem Antarabang­sa India (IIFA), yang digelar Anugerah Oscar Bollywood, pada minggu ini. “Ia pasti P.H.A.T – ‘pretty hot and tempting’ (agak panas dan menggoda),” kata Johar, pemilik Dharma Entertainm­ent yang merupakan salah sebuah firma penerbitan terbesar di India dan sudah pun bekerja sama dengan Netflix untuk antologi ‘Lust Stories’ yang berjaya. Pada 2016 Netflix dilancarka­n di India, dan dua siri buatan Indianya telah mendapat pujian daripada pengkritik - ‘Sacred Games’ yang dibintangi Saif Ali Khan dan Nawazuddin Siddiqui, selain ‘Leila’ bersama Huma Qureishi. Namun Netflix berdepan dengan persaingan dalam ekonomi ketiga terbesar di Asia selepas Prime Video milik Amazon, Hotstar milik Disney, Alt Balaji dan platform tempatan lain berebutreb­ut untuk perhatian dan langganan digital. Apple, syarikat teknologi gergasi dari Amerika Syarikat, barubaru ini mengumumka­n pelancaran platform strimingny­a Apple TV+ di India, dengan harapan untuk mengatasi saingan. Netflix dapat diperolehi di India daripada 199 rupee sebulan, dan ketika jutaan pengguna kali pertama mengakses internet dalam ekonomi ketiga terbesar di Asia, penganalis­is menjangkak­an persaingan yang semakin sengit. Industri striming video di India dijangka berkembang hampir sebanyak 22 peratus per annum kepada 119 bilion rupee (AS$1.7 bilion) menjelang 2023, menurut firma konsultans­i PwC, Bloomberg News melaporkan. Ketua Netflix, Reed Hastings, menyatakan matlamat syarikat adalah 100 juta pelanggan di India – hampir 26 kali jumlah pelanggan yang dianggarka­n di sana pada tahun ini, kata Bloomberg. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia