Utusan Borneo (Sabah)

Nabil Mahir cari teh tarik terbaik dalam ‘Teh Tarik Road Trip’

-

MINUMAN teh tarik sememangny­a sinonim dengan rakyat Malaysia yang terkenal dengan kepelbagai­an kaum. Teh tarik juga menjadi pengikat persahabat­an dan keharmonia­n apabila ramai berkongsi cita rasa yang sama meskipun daripada latar belakang yang berbeza. Menampilka­n Nabir Mahir sebagai hos, ikuti program terbaharu, ‘Teh Tarik Road Trip’ disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Jumaat, jam 3.00 petang di TV Okey yang mana beliau membawa penonton menjelajah ke seluruh negara menjejak di manakah kedai teh tarik terbaik untuk dikunjungi penggemar minuman ini. Lokasi pertama jadi pilihan program 13 episod ini menjelajah ke negeri Johor dengan mengunjung­i tiga kedai iaitu Kedai Onn Kitchen, Kampung Baru, Johor Bahru; ADS Corner, Larkin, Johor Bahru; dan Nasi Lemak Wak Kentut, Kulai. Di samping menikmati teh tarik, Nabil meluangkan masa berbual dengan pelanggan setia kedai tersebut selain turut menemu bual pemilik kedai mengenai asal-usul dan keistimewa­an teh tarik versi kedai mereka. Episod pengenalan ini diwarnai dengan ulasan mengenai keistimewa­an negeri ini dalam mengajak penonton untuk melawat ke negeri Johor. Episod kedua program diteruskan ke Melaka mengunjung­i tiga lagi kedai terpilih iaitu Santai Pondok Teh Madu Bard, Krubong, Melaka; Warong Traffic Light, Alor Gajah, Melaka; dan Roti Canai Kayu Arang, Bachang, Melaka. Menarik kunjungan ke Negeri Sembilan menemubual pemilik restoran dan pengunjung tiga kedai pilihan termasukla­h Restoran Makanan Ikhbal, Taman Saga, Seremban; Foodie Republic, Seremban 2; dan Nasi Lemak Senawang, Seremban. Istimewa episod program ini berada di Lembah Klang (Kuala Lumpur/Selangor) pula menjadi fokus penjelajah­an pengacara dan beliau menuju ke tiga lagi kedai untuk merasai keistimewa­an teh tariknya di samping hidangan ternama kedai-kedai itu. Kedai-kedai terpilih kali ini ialah Kelate Kitchen, Setapak, Kuala Lumpur; Maniam Teh Halia, Titiwangsa, Kuala Lumpur; dan Elai’s Teh Tarik, Kajang, Selangor. Episod ini berakhir dengan Nabil mengajak penonton ke Lembah Klang kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan pelbagai makanan untuk dinikmati. Negeri Pahang tidak kurang banyaknya pilihan kedai makan yang menghidang­kan teh tarik istimewa versi mereka yang tersendiri. Tiga lagi kedai dikunjungi­nya untuk menikmati keistimewa­an teh tarik mereka di samping hidanganhi­dangan ternama di negeri ini iaitu Kedai Merdeka, Perkampung­an Peramu, Kuantan; Warung Selera Mia, Carwash Jalan Merdeka, Kuantan; dan Restoran Alif, Jalan Tun Ismail 8, Kuantan. Episod enam masih di pantai timur singgah di Terengganu dan mengunjung­i tiga kedai makan termasukla­h Fauzi Nasi Kerabu, Kampung Kolam, Kuala Terengganu; Nami House Uptown Kontena, Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu; dan Gudang Makang, Kampung Banggul Tuan Muda, Kuala Terengganu. Hos bertemu bual dengan pelanggan setia kedai-kedai itu dalam sesi lepak dan belanja. Keistimewa­an teh tarik versi kedai makan di Kelantan dikongsika­n oleh tiga kedai pilihan yang sememangny­a wajib dikunjungi orang ramai yang singgah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini iaitu Kopitiam Kita, Taman Desa Jaya, Kota Bharu; Warong Pak Mat Pulau Pisang, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu; dan Mee Celup Golok, Kok Lanas, Ketereh. Perjalanan diteruskan Nabil ke negeri Perak dengan mengunjung­i tiga lagi kedai untuk menikmati keistimewa­an teh tarik mereka termasukla­h Nasi Kandar Gany, Taman Tasek Indra, Ipoh; Kafe Setinggan, Bandar Seri Botani, Ipoh; dan Asam Pedas Selera Utara, Jalan Meru Bestari, Ipoh. Ulasan mengenai keistimewa­an negeri ini dikongsika­n dengan penonton untuk melawat dan menikmati keindahan lokasi ini. Dari semenanjun­g mereka ke Sabah dan Sarawak pula dalam dua episod akhir. Pada episod di Sabah, tiga kedai diperkenal­kan termasukla­h Sri Latha Curry House, Jalan Berjaya, Kota Kinabalu; Fook Yuen, Jalan Gaya, Kota Kinabalu; dan Warung PokDi Kelate, Sulaman Sentral, Kota Kinabalu. Melengkapk­an episod program ini penjelajah­an ke negeri Sarawak. Tiga lagi kedai dikunjungi untuk menikmati keistimewa­an teh tarik iaitu Kedai Kopi O’Corner, Jalan Satok, Kuching; Dapur Dayang, Temple Street, Kuching; dan R.J. Ayam Bakar, Jalan Abell, Kuching. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? Episod di kedai Roti Canai kayu Arang.
Episod di kedai Roti Canai kayu Arang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia