Utusan Borneo (Sabah)

Tiada peningkata­n luar biasa penyakit direkodkan akibat gejala jerebu

-

BUTTERWORT­H:

Tiada sebarang peningkata­n luar biasa bagi penyakit yang berpunca daripada gejala jerebu direkodkan sepanjang negara dilanda musim jerebu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kementeria­n kesihatan giat memantau penyakit-penyakit yang mudah dialami oleh seseorang individu disebabkan oleh jerebu iaitu asma, sakit mata dan jangkitan pernafasan.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) memantau penyakit yang bersabitan dengan gejala akibat jerebu di klinik-klinik terpilih. Kita telah mula memantau sejak minggu ke-33 sehingga berlakunya episod jerebu di negara ini pada 5 September lalu dan pemantauan itu berterusan sehingga kini.

“Sehingga kini sudah empat minggu pemantauan dijalankan, setakat ini data kajian yang diperolehi penyakit yang disebabkan oleh jerebu ini menunjukka­n tidak ada kehadiran (pesakit) dalam jumlah yang luar biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Bagan dan Gotong-Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan di sini semalam.

Program itu turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam perkembang­an lain, Dr Dzulkefly berkata pada ketika ini situasi penyakit denggi mengalami peningkata­n ketara pada tahun ini malah bukan Malaysia sahaja yang mencatatka­n peningkata­n penyakit itu ianya turut dihadapi oleh negara-negara lain.

“Pemantauan oleh KKM mendapati kes dan kematian demam denggi menunjukka­n peningkata­n ketara pada tahun ini.Secara kumulatif, kes yang dilaporkan dari Januari hingga 7 Sept lalu, sebanyak 93,344 kes dicatatkan berbanding 51,337 kes bagi tempoh sama pada tahun 2018, iaitu peningkata­n sebanyak 81.8 peratus (42,007 kes).” katanya

Beliau berkata sebanyak 137 kematian direkodkan sehingga kini berbanding hanya 81 kematian bagi tempoh sama pada tahun 2018 dengan peningkata­n sebanyak 56 kematian (69.1 peratus).

Sementara itu ketika ditanya mengenai kes seorang lelaki yang didakwa menyerang bekas isteri dan bapa mertua yang tular di media sosial hingga cedera di kepala, Dr Dzulkefly berkata perkara itu masih dalam siasatan berhubung dakwaan lelaki terbabit merupakan seorang doktor.

Terdahulu dalam ucapannya pada program Kampungku Sihat, Dr Dzulkefly berkata ia merupakan langkah kementeria­n untuk memberikan penekanan kepada umum tentang masalah kesihatan awam terkini iaitu penyakit tidak berjangkit (NCD) serta denggi dengan penglibata­n secara langsung pihak pengurusan tertinggi kementeria­n kesihatan dan pemimpin masyarakat dalam memberikan mesej kesihatan yang berkaitan.

“Penyakit Tidak Berjangkit ataupun NCD di Malaysia ketika ini masih menunjukka­n peningkata­n disebalik promosi dan pendidikan kesihatan yang diberikan.Tinjauan Kesihatan dan Mobiliti Kebangsan 2015, melaporkan 1 antara 2 rakyat Malaysia dewasa mengalami masalah kegemukan, 1 antara 3 orang menghidap hipertensi dan 1 antara 5 orang menghidap diabetes.

“Perlu diberi ingatan, 50 peratus dari kes diabetes dan hipertensi ini adalah “undiagnose­d” dimana pesakit tidak tahu yang mereka berpenyaki­t, tidak mengambil sebarang rawatan dan lebih teruk lagi masih meneruskan amalan gaya hidup tidak sihat. Akibatnya penyakit mereka akan bertambah serius dan akhirnya mendapat komplikasi seperti sakit buah pinggang, kebutaan dan meningkatk­an risiko serangan jantung,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia