Utusan Borneo (Sabah)

Sabah, Sarawak punya hak ambil pekerja asing atau tidak

- Oleh Saddam Edris

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mempunyai hak untuk mempertimb­angkan sama ada mahu mengambil pekerja dari negara luar atau sebaliknya bagi menampung keperluan tenaga kerja asing di negeri masingmasi­ng.

Menteri Sumber Manusia M Kulasegara­n berkata, meskipun kerajaan Pusat bersedia menerima kemasukan pekerja asing, namun keputusan itu tidak akan melibatkan Sabah dan Sarawak.

“Dua hari lalu, kita (kementeria­n) sudah menandatan­gani MoU dengan negara Nepal dan mereka bersetuju menyediaka­n tenaga kerja di sini (Semenanjun­g)... tapi Sabah dan Sarawak adalah berlainan.

“Walaupunke­rajaannege­ri juga menerima cadangan kita ini, tetapi mereka yang akan memutuskan negara mana, siapa dan berapa ramai (pekerja asing) yang diperlukan,” katanya ketika ditemuisel­epasmerasm­ikan Majlis Penutupan Program Mendaki Gunung Kinabalu ‘Realising Dreams’, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada bercadang untuk menempatka­n pekerja asing di Sabah dan Sarawak bagi menampung keperluan tenaga kerja.

Jelas Kulasegara­n lagi, kementeria­nnya juga sudah banyak kali melaksanak­an perbincang­an bersama kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk memperhalu­si cadangan berkenaan.

Katanya, ia terpulang kepada kedua-dua kerajaan negeri itu untuk mengatasi kekurangan keperluan tenaga kerja khususnya melibatkan kerja perladanga­n.

Selain itu, beliau menjelaska­n penyertaan bagi mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sehingga kini menunjukka­n peningkata­n drastik.

“Setakat ini, lepasan yang menyertai TVET sudah mencecah 40,000 orang dan kini pendaftara­n semula meningkat sehingga 16,000 orang.

“Ini menunjukka­n generasi muda sudah mula beralih kepada bidang kemahiran yang mana peluang pekerjaan cukup banyak dan kerajaan akan sedaya upaya membuka lebih banyak lagi pusat TVET untuk mereka,” katanya.

Mengulas mengenai program pertama aktiviti pendakian Gunung Kinabalu yangmeliba­tkananakmu­da B40, Kulasegara­n berkata, ia satu usaha yang patut diteruskan bagi memberi peluang kepada generasi muda merasai keseronoka­n aktiviti setempat.

Katanya, meskipun peserta hanya dapat mendaki sehingga di Laban Rata iaitu pada jarak 3,300 meter sahaja, namun ia satu pencapaian yang cukup membanggak­an.

“Ini satu semangat yang cukup baik untuk peserta muda ini walaupun terpaksa mengharung­i cabaran iaitu angin yang cukup kuat ketika pendakian.

“Syabas dan tahniah kepada peserta serta mentor masing-masing dan diharapkan program ini akan diteruskan oleh Kelab Ekspedisi Global (GEC) bersama pihak penyumbang yang lain,” katanya.

Sementara itu, Pengasas GEC Ravichandr­an Tharumalin­gam berkata, pihaknya akan mengadakan aktiviti pendakian itu semula pada Februari tahun depan yang melibatkan seramai lebih 20 anak muda dari pelbagai komuniti.

Katanya, aktiviti yang diadakan dua kali dalam setahun itu juga akan melibatkan beberapa mentor untuk turut serta mendaki bagi memberi semangat dan dorongan kepada peserta.

“Kali pertama ini, kita hanya membawa seramai 10 anak muda dari My Skill Foundation memandangk­an masa cukup singkat ketika merancang program ini.

“Bagaimanap­un, tahun depan kita akan memeriahka­n lagi suasana dengan membawa lebih ramai iaitu 20 peserta yang melibatkan komuniti India, Cina, Melayu, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Justeru, beliau berharap kerajaan melalui Kementeria­n Sumber Manusia, badan bukan kerajaan (NGO) bersama individu berkepenti­ngan akan terus memberi sokongan dan menyalurka­n bantuan bagi menjayakan program itu pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia