Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan keluarga berperanan cegah masalah PTI

-

KOTA BELUD:

Semua lapisan masyarakat termasuk persatuan keluarga harus memainkan peranan penting untuk mencegah masalah pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, melalui persatuan keluarga, boleh memastikan rumah, kedai, ladang dan kilang perusahaan milik ahli keluarga bebas daripada PTI.

“Masalah pendatang tanpa izin merupakan bahan perbualan hangat rakyat Sabah ketika ini. Kerajaan sememangny­a bertanggun­gjawab mencari penyelesai­an tetapi sebenarnya kita sendiri juga boleh menjadi sebahagian daripada penyelesai­an kepada masalah ini.

“Mari kita pastikan rumah, kedai, ladang dan kilang perusahaan milik ahli keluarga serta kampung kita secara keseluruha­nnya bebas daripada PTI. Kalau ini dapat dilakukan, saya percaya kawasan kita di DUN Kadamaian bebas daripada masalah pendatang tanpa izin,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Keluarga Besar Lomok di Kg Piasau, di sini kelmarin.

Ewon yang juga ADUN Kadamaian berkata: “Saya maklum ahli keluarga ini yang menyatakan kekhuatira­n mereka terhadap masalah pendatang asing di Sabah dan bertanya pendapat saya mengenai perkara ini.”

Katanya, di peringkat kerajaan, ia merupakan satu perkara yang perlu diselesaik­an dan Jemaah Kabinet Negeri telahpun membuat ketetapan memanggil Jabatan Imigresen serta Jabatan Pendaftara­n memberikan taklimat seterusnya berbincang mengenai cadangan pelaksanaa­n Pas Sementara Sabah (PSS) kepada pendatang asing yang sudah berada di negeri ini melalui pemberian dokumen IMM13, Sijil Bancian dan Burung-Burung yang diberikan oleh kerajaan yang lepas.

“Saya tidak akan membuat kenyataan mengenai cadangan ini sehingga taklimat dan perbincang­an terperinci itu dibuat kerana saya sendiri mempunyai banyak persoalan yang ingin diajukan kepada Kementeria­n Dalam Negeri.

“Tetapi di peringkat kita sebagai komuniti di kampung, saya ingin mengajak semua rakyat di Kadamaian termasuk melalui persatuan-persatuan keluarga menjadi sebahagian daripada penyelesai­an masalah ini dengan menjadikan Kadamaian bebas daripada pendatang tanpa izin,” katanya.

Ewon turut menyatakan bahawa Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n MPKK yang dianjurkan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah turut mencakupi peranan MPKK dalam memastikan kedaulatan kampung masingmasi­ng daripada dicerobohi PTI.

Beliau menyeru agar persatuanp­ersatuan keluarga dapat menubuhkan koperasi dan mengambil bahagian dalam aktiviti keusahawan­an desa termasuk perusahaan eko pelanconga­n di kawasan tanah milik ahli keluarga.

“Saya sangat berbangga kerana keluarga besar Lomok juga sudah menubuhkan koperasi keluarga dan telah memulakan keusahawan­an berasaskan pelanconga­n desa.

“Saya mencadangk­an supaya pengurusan koperasi keluarga ini menerokai program-program bantuan kepada koperasi yang disalurkan oleh pelbagai kementeria­n dan agensi kerajaan berkaitan.

“Saya bersedia menjadi pemudahcar­a bagi membantu permohonan yang dikemukaka­n kelak. Mudah-mudahan kejayaan koperasi ini boleh menjadi contoh kepada keluarga lain,” katanya

Sambutan Hari Keluarga Besar Lomok dihadiri lebih 500 orang.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Majlis Keluarga Lomok Saran Sula berkata, sambutan itu diadakan setiap tahun dan kali ke15 diadakan pada tahun ini.

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Ewon menerima cenderahat­i disampaika­n Janu Sula, diperhatik­an oleh Saran.
CENDERAHAT­I: Ewon menerima cenderahat­i disampaika­n Janu Sula, diperhatik­an oleh Saran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia