Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan Sensi pastikan Inter kekalkan permulaan sempurna

-

MILAN, Itali: Inter Milan naik ke tangga teratas Serie A Itali Sabtu lepas apabila gol Stefano Sensi sudah memadai untuk kemenangan 1-0 ke atas Udinese di San Siro, sekali gus mengekalka­n permulaan sempurna kelab.

Pemain tengah Udinese, Rodrigo De Paul, dilayangka­n kad merah serta merta kerana menampar Antonio Candreva ketika tidak bersaing bola dalam separuh masa pertama.

Sensi menjaringk­an gol tunggal perlawanan sebelum rehat dengan satu tandukan kencang dari hantaran lintang Diego Godin untuk memberikan kemenangan liga ketiga berturut-turut di bawah kendalian jurulatih baharu, Antonio Conte, yang masih belum berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi pasukan.

“Kami seharusnya lebih berbisa di hadapan pinto gol dan menamatkan saingan lawan lebih awal tetapi sebaliknya kami cuba bertahan,” kata Conte.

“Saya membaca segala berita sampah dalam akhbar tetapi hakikatnya tiada apa yang mudah dan kami tidak mengambil mudah segalagala­nya.

“Setiap perlawanan adalah satu pertarunga­n dan tahap saingan dalam Serie A sememangny­a sudah meningkat.”

Inter memintas Juventus di tangga teratas dengan sembilan mata selepas juara bertahan itu seri tanpa jaringan dengan Fiorentina pada perlawanan awal.

Udinese menduduki tangga ke-14 liga selepas hanya mengutip tiga mata dari tiga perlawanan pertama.

Inter tahu kemenangan akan membolehka­n mereka berada di tangga teratas dengan kelebihan dua mata selepas keputusan seri Juventus di Fiorentina dan mereka menunjukka­n keazaman mereka dari sepak mula dengan satu cubaan Matteo Politano terkena palang seawal minit kelima. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia