Utusan Borneo (Sabah)

Leipzig kekal di tangga teratas Bundesliga

-

BERLIN, Jerman: RB Leipzig bangkit dari ketinggala­n sebelum mengikat juara bertahan, Bayern Munich 1-1 Sabtu leaps untuk kekal di tangga teratas Bundesliga Jerman dengan kelebihan satu mata berbanding Borussia Dortmund.

Bayern, yang menanti kunjungan Red Star Belgrade dalam aksi Liga JuaraJuara minggu ini, bermula dengan baik apabila Robert Lewandowsk­i menerima umpanan cantik dari Thomas Mueller untuk membuka jaringan seawal minit ketiga untuk gol ketujuh beliau musim ini.

Namun walaupun menguasai 75 peratus permainan dalam separuh masa pertama, Bayern gagal menambah jaringan dan menerima padah apabila Lucas Hernandez, yang bermain di posisi pertahanan tengah selepas David Alaba mengalami kecederaan, mengasari Yussuf Poulsen dalam kotak penalti.

Emil Forsberg menyempurn­akan penalti untuk mengikat kedudukan pada minit akhir sebelum rehat.

“Kami bermain dengan sangat baik pada separuh masa pertama dan saya fikir ia aksi terbaik kami setakat ini,” kata jurulatih Bayern, Niko Kovac. “Kami sepatutnya sudah menamatkan saingan tetapi gagal.”

Leipzig mempamerka­n aksi lebih baik selepas rehat dan kali ini mereka pula menguasai permainan dengan Bayern berterima kasih kepada penjaga golnya, Manuel Neuer kerana menepis beberapa cubaan.

Bayern kembali mengawal permainan pada akhir permainan dengan cubaan Kingsley Coman terkena palang sebelum penjaga gol Peter Gulasci menepis cubaan Niklas Suele pada minit kecederaan untuk mengekalka­n kedudukan sehingga ke wisel penamat.

“Separuh masa kedua adalah permainan terbuka tetapi pada akhirnya, ia keputusan mengecewak­an bagi kami,” kata Kovac. “Kami memiliki lebih banyak peluang, bermain dengan baik tetapi hanya membawa pulang satu mata.”

Leipzig, yang akan menentang Benfica dalam Liga Juara-Juara, mengumpul 10 mata sementara Dortmund, yang membelasah Bayer Leverkusen 4-0, mengumpul sembilan mata dan Bayern kurang satu lagi mata di tangga ketiga. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Coman (tengah) diasak oleh dua pemain Leipzig ketika beraksi pada perlawanan Bundesliga di Leipzig, Jerman kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Coman (tengah) diasak oleh dua pemain Leipzig ketika beraksi pada perlawanan Bundesliga di Leipzig, Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia