Utusan Borneo (Sabah)

Fati cetus inspirasi kemenangan Barca

Gol dari Fati, De Jong, Pique dan dua gol Suarez berikan Barca kemenangan liga ke-2 mereka

-

BARCELONA, Sepanyol: Penyerang remaja Barcelona, Ansu Fati, meneruskan permulaanc­emerlangda­lam kesebelasa­n utama pasukan apabila menjaringk­an satu gol dan juga mengumpan satu gol untuk juara bertahan La Liga Sepanyol itu ketika membelasah Valencia 5-2 Sabtu lepas.

Gol dari Fati, Frenkie de Jong, Gerard Pique dan dua gol Luis Suarez memberikan Barca kemenangan liga kedua mereka musim ini.

Kevin Gameiro dan Maxi Gomez menjaringk­an gol sagu hati Valencia, yang mengalami kekalahan terburuk mereka dalam tempoh tiga tahun pada perlawanan pertama jurulatih Albert Celades ekoran pemecatan Marcelinho.

Kemenangan membolehka­n Barca mengumpul tujuh mata selepas empat perlawanan sementara Valencia kekal dengan empat mata.

Fati, pada usia 16 tahun menjadi penjaring gol paling muda Barcelona ketika menentang Osasuna dua minggu lepas, menjaringk­an gol pertama beliau di Nou Camp untuk meletakkan Barca di hadapan kurang dari dua minit selepas sepak mula selepas menyempurn­a hantaran De Jong.

Gol itu menyebabka­n Lionel Messi memberikan pujian ketika menjadi penonton kerana belum pulih dari kecederaan tetapi ia belum berakhir apabila penyerang remaja itu mengumpan bola kepada De Jong untuk gol pertama beliau bersama kelab dan gol kedua Barca.

Valencia bermain perlawanan pertama mereka sejak pemilik kelab, Peter Lim, membuat keputusan mengejut memecat Marcelino, jurulatih yang memastikan kelab beraksi dalam Liga Juara-Juara untuk dua musim berturut-turut dan juga membimbing kelab menewaskan Barca di final Copa del Rey musim lepas.

Valencia merapatkan kedudukan menerusi gol Kevin Gameiro tetapi Barca mengekalka­n rentak mereka selepas rehat dengan Pique menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-51 selepas rembatan Antoine Griezmann terkena palang sebelum Luis Suarez menjaringk­an dua gol selepas dimasukkan dari bangku simpanan.

Membuat kepulangan selepas mengalami kecederaan pada hari pertama musim, Suarez menewaskan penjaga gol Valencia, Jasper Cillessen dengan dua penyudah cantik.

Suarez menerima tepukan gemuruh dari penyokong Barca tetapi ia tidak sehebat tepukan diberikan kepada Fati apabila beliau dikeluarka­n untuk diganti oleh Suarez.

“Beliau (Fati) menggembir­akan penyokong dan menyebabka­n mereka berasa sangat teruja,” kata pemain tengah Barca, Sergio Busquets. — Reuters

 ?? — Gambar Bernama ?? HEBAT: Fati meraikan jaringanny­a ketika membantu Barca menewaskan Valencia pada perlawanan La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona kelmarin.
— Gambar Bernama HEBAT: Fati meraikan jaringanny­a ketika membantu Barca menewaskan Valencia pada perlawanan La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia