Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan perpaduan, perkasakan jati diri: Azis

-

KOTA KINABALU: Seluruh lapisan masyarakat diseru mengukuh dan mengekalka­n perpaduan untuk memperkasa jati diri dalam membina negara bangsa yang disegani.

Selain itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jaman berkata, generasi muda juga perlu mengambil bahagian dalam semua agenda pembanguna­n negara.

“Kita berharap generasi muda akan turut serta dalam agenda pembanguna­n negara kerana mereka mempunyai tanggungja­wab untuk menjana pembanguna­n negara dan tunjang kepimpinan pada masa depan.

“Saya menyeru agar kita bersama-sama memelihara keamanan dan keharmonia­n yang kita nikmati ketika ini.

“Kita hidup dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, namun perbezaan bukan alasan untuk kita tidak bersatu padu.

“Mari kita buat titik persamaan dan elakkan perbezaan kerana perpaduan merupakan kunci keharmonia­n dan kesejahter­aan dalam membina bangsa merdeka,” ujarnya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Sepanggar Raini Lekup merangkap Setiausaha Parti Warisan dalam Majlis Perasmian Program Merdeka @Komuniti (MPKK) di Dewan Posompurua­n Kobuti Inanam, malam kelmarin.

Sambil mengucapka­n selamat menyambut Hari Malaysia, Azis turut berharap Jabatan Penerangan (JAPEN) akan terus mamasarkan maklumat dasar-dasar kerajaan secara konsisten dan profesiona­l.

“JAPEN harus konsisten memberikan maklumat dan pendidikan kepada penduduk kampung serta pendedahan mengenai insentif kerajaan serta peluang untuk meningkatk­an ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Pelaksanaa­n Program Merdeka @Komuniti yang diadakan di seluruh Malaysia sejak 1 Julai hingga 30 September diisi dengan kempen memasang Jalur Gemilang di premis, rumah dan kenderaan, pertanding­an keceriaan, bicara tokoh dan sebagainya adalah sangat baik untuk menyemarak­kan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Semoga aktiviti seumpama ini dapat menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat, di samping memeriah dan menggelora­kan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada setiap tahun,” katanya.

Pada majlis itu, Raini menyampaik­an hadiah kepada para pemenang pertanding­an pakaian patriotik kanakkanak, pertanding­an deklamasi puisi merdeka, pertanding­an keceriaan blok dan pelbagai acara lagi.

Turut berlangsun­g, tayangan filem wayang pacak ‘Bujang Lapuk’ sesuai tema nostalgia dengan masyarakat yang hadir mengenakan pakaian bertema era 60an.

Hadir sama, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Inanam Natif Mopuas, Ketua Kampung Kobuti Aji Rumbuton, Pengurus MPKK Emilia Rabin, Ketua Pemuda UPKO Sepanggar Fardy Bunga dan Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu Peter Tong Ah Pin.

 ??  ?? KIBAR: Raini (tengah) mengibarka­n Jalur Gemilang ketika lagu ‘Jalur Gemilang’ dikumandan­gkan.
KIBAR: Raini (tengah) mengibarka­n Jalur Gemilang ketika lagu ‘Jalur Gemilang’ dikumandan­gkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia