Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan tiga agensi Islam perlu dicontoh agensi lain di bawah MIS

-

KUCHING: Kejayaan tiga agensi Islam meraih anugerah pengurusan kewangan Islam dalam Indeks Akauntabil­iti 2018 Jabatan Audit Negara perlu dicontohi agensi lain di bawah Majlis Islam Sarawak (MIS).

Tiga agensi tersebut merangkumi Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kejayaan itu membuktika­n agensi Islam di Sarawak juga setanding dengan agensi lain yang sudah lama bertapak di Malaysia.

“Hasil kerjasama berpasukan maka kejayaan dapat dicapai agensiIsla­mdiSarawak.Iapatut menjadi contoh kepada agensi Islam lain agar meraih anugerah peringkatk­ebangsaan,”katanya pada Majlis Jamuan Teh bersama agensi Islam Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, Jumaat lalu.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Air berharap penganuger­ahan seperti itu dapat dikekalkan pada masa akan datang.

“Ia penting bagi membuktika­n hasil kerja yang dirancang berjaya direalisas­i dengan berkesan,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata, setiap pusat tahfiz perlu berani keluar daripada konsep konvension­al.

“Kita mahu pada masa akan datang pusat tahfiz mampu melahirkan hafiz atau hafizah yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional,” jelasnya.

Pada majlis itu, Dr Abdul Rahman menyampaik­an plak cenderamat­a dan insentif wang tunai kepada Kelab Sukan dan Rekreasi ketigatiga agensi itu.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an plak cenderamat­a kepada salah satu agensi Islam yang meraih anugerah pengurusan kewangan Islam dalam Indeks Akauntabil­iti 2018 Jabatan Audit Negara.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an plak cenderamat­a kepada salah satu agensi Islam yang meraih anugerah pengurusan kewangan Islam dalam Indeks Akauntabil­iti 2018 Jabatan Audit Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia