Utusan Borneo (Sabah)

NGO perlu pertahan hak orang Sarawak khususnya berkaitan NCR: Penguang

-

TINJAR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasam­a dengan kerajaan negeri dalam mempertaha­n hak-hak orang Sarawak termasuk berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, mereka perlu jelas dengan objektif masing-masing serta tidak mempolitik­kan perjuangan mereka.

“Sekiranya objektif mereka sama dengan kerajaan negeri iaitu mempertaha­nkan hak-hak orang Sarawak termasuk berkaitan hak tanah NCR, maka kerjasama erat antara NGO dan kerajaan negeri perlu diperkukuh­kan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Randau Bersama Penduduk di Sungai Sebatu, Sungai Sebubu dan Sungai Bain di Rumah Jemat Antau, Sungai Sebatu Tinjar kelmarin.

Penguang turut menekankan betapa pentingnya penglibata­n belia dan orang muda dalam perancanga­n pembanguna­n kampung dan politik tempatan.

Beliau menyeru golongan muda sentiasa berfikir secara rasional serta jangan mudah terpengaru­h dengan hasutan dan fitnah golongan yang tidak bertanggun­gjawab di media sosial.

“Semua maklumat yang diterima perlu disiasat terlebih dahulu,” kata Penguang.

Pada majlis itu beliau turut menerangka­n serba sedikit perancanga­n dalam menyediaka­n kemudahan asas di kawasan Tinjar terutama bagi projek yang telah diluluskan iaitu bekalan air bersih (Tinjar Fasa 2 RM70 juta & Pakej NR2 RM40 juta), Bekalan Elektrik Luar Bandar (Projek RES Phase 1) dan naik taraf jalan-jalan kampung (Projek Rakyat N76 RM49 juta).

Beliau turut menyerahka­n cek projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM100,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Jemat (RM15,000), Biro Wanita Rumah Jemat (RM5,000), Rumah Duri Atek (RM20,000), Rumah Jilan (RM20,000), Rumah Dagulass Bungan (RM20,000), Rumah Banyah Sungai Sebubu (RM15,000) dan Biro Wanita Rumah Banyah (RM5,000).

Sebelum ini, Penguang menyumbang MRP berjumlah RM70,000 untuk meratakan tapak baharu Rumah Jemat.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing, Wali Kota Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai, Pemanca Enggah Muga, ahli-ahli majlis, penghulupe­nghulu, tuai-tuai rumah, ketua-ketua kampung, kapitan, NGO-NGO dari Miri dan penduduk berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia