Utusan Borneo (Sabah)

Tender Laluan Link Sabah Sarawak dijangka dibuka hujung tahun ini

-

KUCHING: Proses tender jajaran baharu yang bakal menghubung­kan dua negeri di Pulau Borneo dengan lebih dekat, Laluan Link Sabah Sarawak dijangka akan dibuka pada hujung tahun ini.

Perkara itu didedahkan Menteri Kerja Raya Baru Bian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sarawak di sini malam kelmarin.

Malah katanya, kerjakerja fizikal projek tersebut dijangka dilaksanak­an pada suku pertama tahun depan.

“Saya telah mengumumka­n perkara tersebut sebelum ini, saya harap pada hujung tahun ini ia dapat dibuka untuk tender dan harap kerja-kerja dapat dilaksanak­an pada suku pertama tahun depan.

“Saya mengatakan perkara ini kerana saya amat teruja, ia akan memudahkan sistem perhubunga­n penduduk di kedua-dua negeri ini dengan lebih dekat,” katanya.

Pada masa sama Baru memberitah­u, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dua bulan lalu bagi membincang­kan dan menerangka­n laluan tersebut.

Jelas Ahli Parlimen Selangau itu, jajaran baharu bagi laluan tersebutak­anmenghubu­ngkan kawasan pedalaman sekitar Tawau, Sabah dengan kawasan pedalaman sekitar Lawas, Sarawak yang dilihat bakal memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan terbabit.

“Saya amat percaya pembanguna­n seperti ini akan memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak yang mana kita boleh menjangkak­an pertumbuha­n aktiviti ekonomi apabila adanya infrastruk­tur jalan raya ini,” tambahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan itu berkata, ia bukan sahaja menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi masyarakat setempat tetapi juga sektor pelanconga­n di kedua-dua negeri ini.

Mengenai mesyuarat dan sesi dialog bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed semalam, Baru yang juga pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berkata, ia peluang terbaik untuk pemimpin dan ahli PH Sarawak bersua muka dan melontar pandangan kepada Perdana Menteri.

“Kita mahu mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri kerana beliau dapat meluangkan masa serta memberi komitmen beliau untuk bersama-sama kita.

“Ini adalah sesuatu yang bersejarah buat kita kerana ia pertama kali pemimpin mengadakan dialog bersama dan sudah tentu banyak isu yang dibangkitk­an dan bagaimana isu-isu ini dapat membolehka­nkitamemai­nkan peranan,” jelasnya.

Selain itu, kata beliau, ia platform untuk PH menumpukan dasar yang boleh memberi kemakmuran bersama yang dapat dikongsika­n dan dilaksanak­an di Sarawak termasuk di Sabah supaya kita dapat membuat persiapan untuk pembanguna­n di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia