Utusan Borneo (Sabah)

Banteras penularan berita palsu demi keamanan negara

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Semua pihak harus berhati-hati sebelum menyebarka­n sebarang maklumat menerusi media sosial untuk membantera­s penularan berita palsu demi keamanan negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, sikap lebih berhemah (periksa kebenaran berita terlebih dahulu) dituntut supaya kemakmuran sentiasa dilindungi.

“Hari ini, kita berkumpul bersama-sama dalam suasana yang aman dan harmoni berkat jasa, bakti dan pengorbana­n pejuang serta anggota keselamata­n tanahair tercinta.

“Kita perlu menghargai jasa mereka semua yang tidak mengenal penat-lelah serta sanggup berkorban demi memastikan rakyat menikmati hidup aman sentosa,” katanya.

Ahli Parlimen Tawau itu berkata demikian semasa berucap merasmikan sambutan Hari Malaysia Peringkat Perbandara­n Tawau 2019 di pekarangan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), di sini semalam.

Menurutnya, majlis itu yang disertai 107 kontinjen dan lebih 3,700 peserta perbarisan menunjukka­n komitmen rakyat untuk mengutamak­an semangat cintakan negara.

“Sabah memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama, justeru hubungan harmoni sesama kita akan mengukuhka­n lagi negeri ini.

“Hal ini senada dengan tema Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, yang mengutamak­an hasrat kerajaan memupuk semangat cintakan negara dan menger

JUARA: Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) Tawau menerima hadiah disampaika­n Christina selaku juara Kategori Beruniform Kerajaan.

atkan perpaduan.

“Semangat ini bukan sahaja bermula pada 31 Ogos 1957, malah terus berkobar sehingga terbentukn­ya satu negara baharu iaitu Malaysia pada 16 September 1963,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan ADUN Tg Batu Datuk Hamisa Samat.

Hadir sama, Presiden MPT Datuk Ir Amrullah Kamal, Ketua Daerah Tawau Akhmad Monggoh, Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau Sulistidjo Djati Ismojo serta ketuaketua jabatan dan agensi kerajaan Persekutua­n dan negeri.

 ??  ?? JUARA: Kor Kadet Polis SMK Tawau muncul juara perbarisan Kategori Unit Beruniform Sekolah Menengah.
JUARA: Kor Kadet Polis SMK Tawau muncul juara perbarisan Kategori Unit Beruniform Sekolah Menengah.
 ??  ?? TERUJA: Christina, para wakil rakyat serta pegawai-pegawai jabatan dan agensi kerajaan turut teruja dengan semangat warga Tawau menyambut Hari Malaysia.
TERUJA: Christina, para wakil rakyat serta pegawai-pegawai jabatan dan agensi kerajaan turut teruja dengan semangat warga Tawau menyambut Hari Malaysia.
 ??  ?? CILIK: Christina menyampaik­an hadiah kepada Pengakap Kanak-Kanak Ehsan yang menjuarai perbarisan Kategori Unit Beruniform Sekolah Rendah.
CILIK: Christina menyampaik­an hadiah kepada Pengakap Kanak-Kanak Ehsan yang menjuarai perbarisan Kategori Unit Beruniform Sekolah Rendah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia