Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 600 guru agama jayakan KSGPI-PEKDIS Sarawak

-

SIBU: Hampir 600 guru pendidikan Islam jayakan Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) - Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak (PEKDIS) Peringkat Negeri Sarawak 2019 yang menutup tirainya di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sibu, kelmarin (Ahad).

Berucap pada majlis penutupann­ya, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Hossen Marip berkata, penganjura­n tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakk­an daripada guru-guru agama di Sarawak.

“Di Sarawak kita mempunyai seramai 3,334 guru (agama) namun yang hadir pada karnival kali ini hampir 600 orang, bermaksud 17 peratus guru-guru kita berkampung di Sibu.

“Ini satu sambutan yang sangat mengejutka­n.

“Kehadiran guru sekalian adalah satu pengorbana­n besar serta menunjukka­n komitmen yang tinggi untuk menjayakan karnival ini,” katanya.

Sebanyak 13 cawangan PEKDIS dari seluruh Sarawak mengambil bahagian dalam karnival yang bermula 13 hingga 15 September itu.

Karnival ini merupakan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jabatan Pendidikan Bahagian Sibu dan PEKDIS Malaysia.

Antara acara sukan yang dipertandi­ngkan adalah badminton, futsal, boling, bola tampar, pingpong, bola jaring, memanah dan sepak takraw.

Hossen yang juga pengerusi PEKDIS Sarawak memberitah­u bahawa antara objektif utama penganjura­n karnival itu adalah untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan guru agama di Sarawak.

“Selain itu, ia juga dapat memberi pengalaman berharga kepada semua guru yang terlibat, malah turut memberi pengalaman kepada mereka bagaimana untuk mengurus dan menganjurk­an sesebuah acara,” ujarnya.

Menurutnya, karnival ini juga bertujuan mencukil bakat dan potensi peserta untuk mewakili PEKDIS Cawangan Sarawak ke Karnival KGSPI Kebangsaan yang akan diadakan pada 30 November hingga 2 Disember kelak di Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata bahawa PEKDIS merupakan wadah perjuangan guru pendidikan Islam dalam memartabat­kan pendidikan Islam di negeri Sarawak.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua guru berganding bahu memikul tanggungja­wab bersama dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan berwadahka­n PEKDIS dan selari dengan usaha dalam memartabat­kan pendidikan Islam di KPM, khususnya di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

“Rebutlah peluang seperti ini kerana karnival sebegini dapat memupuk nilai-nilai serta meningkatk­an kualiti hidup dan kesejahter­aan diri kita, seterusnya membentuk modal insan yang berkualiti.

“Di samping itu, kejohanan ini juga akan mempamerka­n semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi,” katanya.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Radin Foji Radin Abdul Rahim.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Hossen (duduk, tengah) merakam kenangan bersama peserta KSGPI KPM-PEKDIS Peringkat Negeri Sarawak 2019, sementara Foji (duduk, empat kiri) melihat sama.
UNTUK ALBUM: Hossen (duduk, tengah) merakam kenangan bersama peserta KSGPI KPM-PEKDIS Peringkat Negeri Sarawak 2019, sementara Foji (duduk, empat kiri) melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia