Utusan Borneo (Sabah)

Jiwa besar di sebalik gema Menara Jam Sultan Abdul Samad

-

KUALA LUMPUR: Bunyi dentingan jam besar bangunan Sultan Abdul Samad tepat 12 tengah malam pada tanggal 31 Ogos setiap tahun tidak akan kedengaran jika tanpa penjaganya yang bertanggun­gjawab memastikan jam itu terus berfungsi dengan baik.

Malah bunyi jam yang kini mencecah 122 tahun itu kemungkina­n tidak mampu kedengaran lagi sebagai simbolik malam sambutan kemerdekaa­n negara untuk generasi seterusnya jika tiada insan berjiwa besar yang secara sukarela mahu menyelengg­ara serta mengendali jam itu secara manual setiap hari.

Jam buatan Gillet and Johnston Manufactur­ers, di Croydon, England pada tahun 1897 itu berfungsi sehingga kini serta menjadi saksi saat Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dinaikkan buat pertama kali di Dataran Merdeka.

Ketua penjaga jam besar Mohd Rosli Mat Tajuddin, 42, berkata, beliau menawarkan diri untuk menjaga jam itu tiga tahun lepas atas dasar minat dan sayangkan negara.

“Saya dan tiga lagi rakan iaitu Mohd Rashidi Jaluddin, L. Kumarasamy dan Rosdi Hisham Hassan, yang juga pekerja di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan bergilir-gilir setiap hari untuk memutar engkol jam bagi menggerakk­an keduadua pemberat dengan jumlah berat 453 kilogram.

“Kami ambil masa tiga bulan belajar teknik penjagaan jam itu daripada generasi sebelumnya serta perlu mendaki tangga setinggi lima tingkat setiap hari untuk memutar engkol dan meminyak gear jam serta memeriksa keadaan keseluruha­n menara yang menempatka­n jam itu,” katanya semasa program bual bicara ‘Di sebalik Gema Menara Jam Sultan Abdul Samad’ terbitan Bernama News Channel semalam.

Program itu adalah antara pengisian Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam usaha mencatat rekod Siaran Kebangsaan Pelbagai Bahasa Tanpa Henti Paling Lama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) 2019 bersempena Hari Malaysia.

Ketua Operasi Penjaga Jam Menara Jam Sultan Abdul Samad, Mohd Rashidi Jaluddin berkata beliau berbangga menjadi antara orang penting di sebalik ikon yang mempunyai nilai sentimenta­l sebagai satu daripada tinggalan sejarah negara. “Walaupun kerja hakiki saya sebagai juruteknik JUPEM tetapi saya tidak kisah untuk meluangkan lebih masa saya setiap hari selepas waktu bekerja untuk menjaga jam itu. Saya akan pastikan jika ada kerosakan, kita akan buat laporan segera agar ia dapat dibaik pulih.

“Ada beberapa kali jam ini berhenti dan loceng tidak berbunyi mengikut waktu yang sepatutnya. Malah ada aduan daripada pelancong mengatakan jam itu tidak menunjukka­n waktu sebenar. Itu yang menguatkan lagi kesungguha­n saya,” katanya.

Mohd Rashidi berkata meskipun menjadi penjaga jam itu tanpa sebarang bayaran namun ia tetap memberi kepuasan buat dirinya apabila berjaya membunyika­n jam berkenaan pada upacara penting seperti sambutan hari kemerdekaa­n negara, Perarakan Citrawarna Malaysia, Sambutan Tahun Baru, Mengarak Panji-Panji Diraja dan seumpamany­a.

Beliau juga berharap jam yang mempunyai nilai sentimenta­l sebagai satu daripada tinggalan sejarah negara itu mampu terus dikekalkan serta dipelihara sebaik-baiknya dalam bentuk asal untuk dihayati generasi akan datang.

 ?? — Gambar Bernama ?? SIARAN LANGSUNG: Mohd Rosli (dua kanan) dan Mohd Rashidi (kanan) pada Program Talk Show- Disebalik Gema Menara Jam Sultan Abdul Samad sempena ‘Siaran Langsung Kebangsaan Pelbagai Bahasa Tanpa Henti Paling Lama’ Malaysia Book of Record (MBOR) 2019 di Wisma Bernama dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SIARAN LANGSUNG: Mohd Rosli (dua kanan) dan Mohd Rashidi (kanan) pada Program Talk Show- Disebalik Gema Menara Jam Sultan Abdul Samad sempena ‘Siaran Langsung Kebangsaan Pelbagai Bahasa Tanpa Henti Paling Lama’ Malaysia Book of Record (MBOR) 2019 di Wisma Bernama dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia