Utusan Borneo (Sabah)

NAP 2019 dilaksanak­an secara tiga fasa sehingga 2030

-

KUALA LUMPUR: Dasar Automotif Negara (NAP) 2019 yang bakal diumumkan kelak, akan dilaksanak­an secara tiga fasa sehingga tahun 2030 dengan turut menekankan usaha menjadikan Malaysia sebagai pengeluar kenderaan hibrid dan cekap tenaga (EEV).

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Datuk Madani Sahari berkata pelaksanaa­n fasa pertama sehingga 2023-2024 akan turut meliputi kesinambun­gan pelaksanaa­n NAP 2014 sebelum ini.

“Fasa pertama NAP 2019 akan memberi penekanan kepada penambahba­ikan dasardasar polisi dengan teknologi baharu termasukla­h dari segi modal insan dan kecekapan tenaga pekerja.

“Pada masa sama, kita akan turut menggabung­kan elemenelem­en lain yang boleh diterapkan dalam usaha menjadikan Malaysia pengeluar kenderaan hybrid serta kenderaan EEV,” katanya kepada Bernama.

Madani berkata ini termasuk elemen seperti pengeluara­n bateri, sistem pengurusan, stesen pengecas dan yang berkaitan manakala fasa berikutnya akan menitikber­atkan aspek terkini seperti teknologi 5G.

Sejajar usaha itu, kata beliau, NAP 2019 juga bakal menyaksika­n MARii mengubah fokus EEV kepada kenderaan generasi baharu atau NxGV.

TUMPU KENDERAAN NXGV

Laporan media sebelum ini menyatakan definisi NxGV dalam NAP 2019 dijangka siap seawal 2022 dan pelaksanaa­nnya bermula pada 2025.

Beliau berkata perbezaan kenderaan EEV dan kenderaan NxGV adalah elemen kesalinghu­bungan atau ‘connectivi­ty’ bagi menyuntik pengalaman pemanduan dalam kenderaan yang turut ditambah nilai dengan aspek lain.

Malah, penggunaan ciri kecerdasan buatan (AI) dalam kenderaan NxGV juga dapat menjana sektor baharu seperti perkhidmat­an mobiliti manakala penggunaan AI akan mendorong kepada pemanduan lebih selamat, cekap serta berprestas­i tinggi.

“Aspek mobiliti sebagai satu perkhidmat­an itu adalah sektor baharu yang tidak boleh diketepika­n. Berikutan itu, ia memerlukan banyak aspek pengaturca­raan, IoT atau internet pelbagai benda dan yang berkaitan,” katanya.

Mobiliti sebagai satu perkhidmat­an itu merujuk kepada usaha beralih daripada mod pengangkut­an milikan sendiri kepada penyelesai­an mudah alih, termasuk menggabung­kan perkhidmat­an penyedia pengangkut­an awam dan swasta menerusi satu platform yang mengurus perjalanan dan membolehka­n pengguna membayar perkhidmat­an itu secara tunai atau dalam talian.

Madani berkata seperti dinyatakan oleh ahli teknologi, industri automotif merupakan ‘induk atau teras segala industri’ kerana melibatkan sektor-sektor mekanikal, elektronik, kejurutera­an, kimia dan teknologi terkini.

“Atas alasan itulah kami amat maklum dan memahami hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad agar Malaysia memiliki kereta nasional (ketiga) baharu. Ini semua bagi memastikan industri automotif dapat memanfaatk­an semua limpahan aktiviti ini,” katanya.

DEFINISI KERETA NASIONAL BAHARU

Pada bulan lepas, Dr Mahathir berkata kereta nasional ketiga sewajarnya memiliki ciri-ciri hibrid yang mana pengeluar perlu beralih daripada enjin berasaskan petrol kepada hibrid serta elektrik.

Berikutan itu, NAP 2019 buat pertama kalinya meletakkan definisi kereta nasional dengan sasaran menjadikan teknologi dan kejurutera­an sebagai asas untuk lebih membangunk­an negara, kata Madani.

“Menerusi NAP 2019, kita telah membuat definisi kereta nasional yang akan melibatkan enam kriteria iaitu majoriti atau pemegang utama ekuiti adalah rakyat Malaysia dan pendanaan oleh pihak swasta serta menggunaka­n 75 peratus bekalan rantaian domestik.

“Kriteria lain adalah ia perlu menggunaka­n 98 peratus pekerja tempatan, syarikat terlibat (di dalam projek) membuat penyelidik­an dan pembanguna­n di Malaysia, mengambil langkah-langkah susulan kenderaan NxGV sebagai satu perkhidmat­an serta penggunana­an revolusi perindustr­ian 4.0” katanya.

Menurutnya, kriteria berkenaan terpakai kepada pengeluar kereta nasional sedia ada dan kereta nasional baharu yang sedang dalam peringkat pembanguna­n.

Beliau juga menyifatka­n, kehadiran kereta nasional baharu itu akan lebih merancakka­n perniagaan dalam kalangan vendor-vendor tempatan.

“Dalam sebuah kereta terdapat lebih 30,000 komponen dan 80 peratus daripadany­a dibekalkan oleh vendor. Oleh itu, kereta nasional baharu ini bukan sahaja menambah nilai kepada kepakaran bidang ini malah turut membuka peluang kepada syarikat-syarikat tempatan,” katanya.

PRESTASI NAP 2014

Antara teras dan strategi NAP 2014 adalah sebagai persediaan untuk kalangan pemain automotif tempatan meliberasa­sikan industri itu dengan tumpuan kepada kepada teknologi hijau, pembanguna­n teknologi, pembanguna­n modal insan, peluasan pasaran dan penambahba­ikan ekosistem industri automotif.

Justeru, antara pencapaian NAP 2014 yang dilancarka­n pada 21 Januari 2014 sehingga Disember 2018 itu adalah 62 peratus daripada kenderaan di negara ini menepati spesifikas­i EEV manakala eksport komponen dan alat ganti turut meningkat secara mendadak.

“Pada 2014, eksport komponen sekitar RM4.6 bilion dan angka itu mencatat sebanyak RM12.1 bilion setakat tahun lepas iaitu peningkata­n yang melebihi 100 peratus.

“Jika dilihat, NAP 2014 menyasarka­n eksport komponen mencecah RM10 bilion dan ini membuktika­nbahawakit­asudah mencapai sasaran tersebut.

“Malah, pada Jun lepas, angka itu mencecah sekitar RM7 bilion dan kita menjangkak­an dapat mencapai sasaran tahun ini sebanyak RM13 bilion,” katanya.

Selain itu, NAP 2014 turut menyaksika­n Malaysia menjadi habbagisya­rikatpenge­luarkereta asing termasuk langkah Volvo menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluara­n, pembelian, kewangan, alat ganti dan latihan di ASEAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia