Utusan Borneo (Sabah)

Potensi industri pelanconga­n belum diterokai sepenuhnya

-

KUALA LUMPUR: Industri pelanconga­n Malaysia memiliki potensi besar yang masih belum diterokai sepenuhnya, khususnya ketika ramai pelabur bertindak memindahka­n perniagaan mereka ke rantau ASEAN termasuk di negara ini, demikian menurut Marriott Internatio­nal.

Syarikat itu merupakan firma multinasio­nal hospitalit­i berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS) yang mengurus serta memegang francais rangkaian portfolio hotel dan kemudahan berkaitan.

Presiden dan Pengarah Urusannya bagi Asia Pasifik, Craig S. Smith berkata rantau ASEAN telah meraih banyak manfaat daripada pertikaian perdaganga­n AS-China yang menyaksika­n sebilangan besar pelabur keluar dari China dan menempatka­n semula kemudahan kilang masingmasi­ng di rantau ini.

“Dari perspektif kami, Malaysia memiliki potensi besar (untuk berkembang)... ia berada di lokasi yang baik dan sentiasa dilabelkan sebagai ‘Asia sebenar’ kerana menawarkan banyak kelebihan termasuk berada dalam rantau (Asia) dengan China dan India.

“Malaysia juga menyaksika­n pembanguna­n infrastruk­tur baharu seperti laluan rel. Saya berpendapa­t kerajaan Malaysia juga dalam proses membuat beberapa keputusan strategik membabitka­n infrastruk­tur yang akan memberi manfaat kepada negara ini dalam jangka panjang.

“Selain itu, kami juga melihat potensi perkembang­an pengembara­an keluarga bagi cuti pendek dan penginapan,” katanya kepada Bernama.

Mengulas selanjutny­a, Smith juga optimis walaupun perang perdaganga­n AS-China berakhir, ASEAN akan tetap mendapat manfaat dan kekal sebagai lokasi strategik dan seiring langkah pemilik memindahka­n kilang mereka dari China ke rantau ASEAN.

“Kilang ini pula tidak boleh dipindahka­n semula ke China atau tempat lain dalam masa singkat.

“Pada masa sama, syarikatsy­arikat juga mencari tempat yang sesuai atau selamat bagi tujuan perjalanan dan penginapan. Antara kenyataan ahli ekonomi adalah walaupun perang perdaganga­n itu reda, akan ada syarikat yang sebaliknya mahu terus berada dalam persekitar­an serta lokasi stabil dan Malaysia dilihat menepati ciri sedemikian.

“Malah, semua ahli ekonomi yang kami temui turut berkongsi rasa optimis terhadap potensi Malaysia (sebagai destinasi pelaburan) dan kini terpulang kepada kerajaan untuk merealisas­ikan potensi negara ini,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata Marriott Internatio­nal telah mengalihka­n tumpuannya kepada pengembang­an di Asia Pasifik dan menyasarka­n untuk memiliki kira-kira 800 hotel daripada 780 hotel ketika ini di rantau tersebut menjelang akhir tahun ini.

“Sebahagian besar pelan pengembang­an kami adalah di ASEAN yang merupakan antara kawasan yang paling pesat berkembang. Syarikatsy­arikat misalnya sentiasa beralih kerana perubahan rantaian bekalan yang akan memberi manfaat kepada industri hotel dari segi perjalanan perniagaan.

“Selain itu, trend yang kian ketara adalah perjalanan percutian yang berkembang sehingga empat kali ganda berbanding pertumbuha­n perjalanan perniagaan. Jika dibandingk­an dengan negara-negara lain, Malaysia memiliki kelebihan untuk meraih manfaat daripada kedua-dua aspek (perjalanan perniagaan dan percutian) itu,” katanya.

Beliau berkata, Marriott Internatio­nal juga memeterai perjanjian bagi membolehka­n 100 hotel beroperasi di Asia Pasifik pada tahun depan dengan kemungkina­n lebih banyak lagi, bergantung kepada rancangan agresif semasa kumpulan itu untuk mengembang­kan kehadiran di rantau ini.

Marriott Internatio­nal juga telah memperting­kat kerjasaman­ya dengan YTL Hotels iaitu cabang hospitalit­i YTL Corporatio­n bagi membawa masuk jenama AC Hotels by Marriott ke Malaysia yang juga negara pertama dengan hotel itu di Asia Pasifik.

Pengarah Eksekutif YTL Corp, Datuk Mark Yeoh Seok Kah berkata di bawah perjanjian itu, tiga hotel Vistana sedia ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan, akan beroperasi di bawah jenama AC Hotels by Marriott berikutan perubahan strategik tersebut.

“Adalah diharapkan menerusi perubahan tiga hotel Vistana yang pada masa ini merangkumi kira-kira 1,000 bilik, akan membolehka­n kami mengembang­kan jenama ini ke semua bandar utama di negara ini, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Marriott Internatio­nal merupakan antara hotel terbesar di dunia dari segi pengurusan. Menerusi sistem tempahan mereka yang meliputi 120 juta ahli dengan tawaran kutipan dan tebusan ganjaran Marriott Rewards, saya berharap kerjasama dengan Marriott ini dapat membantu kami mengembang­kan jenama ini secara cepat dan strategik,” katanya.

AC Hotels by Marriott yang berinspira­sikan gaya Eropah dan pihak hotel itu berhasrat menyuntik standard baharu kepada landskap hospitalit­i di negara ini menerusi jaminan ‘A New Way to Hotel’ apabila beroperasi pada Disember 2019 kelak.

Seiring dengan sasaran membuka AC Hotels di setiap bandar utama di Malaysia pada masa depan, Yeoh berkata ini dapat dicapai menerusi pengambila­lihan hotel dan bangunan sedia ada serta pembanguna­n hotel di kawasan baharu.

“Bagi YTL, kami memiliki simpanan tanah selain rakan kongsi di Pulau Pinang dan Pahang. Kami juga bekerjasam­a dengan kerajaan negeri dan menerima permohonan dari negeri lain untuk menjalin kerjasama membangunk­an hotel,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Marriot Internatio­nal bagi Asia Pasifik tidak termasuk China, Rajeev Menon berkata bagi kemajuan masa depan, syarikat itu melihat trend perjalanan atau pengembara­an bagi tujuan libur akan berkembang pesat sebagai perjalanan bagi tujuan perniagaan, sekali gus dapat mewujudkan peluang besar untuk kumpulan itu.

“Untuk beberapa tahun akan datang di rantau ASEAN misalnya, seramai 125 juta orang akan melintasi sempadan dan mereka yang minat melancong akan melakukan banyak perjalanan, tidak hanya di peringkat antarabang­sa tetapi juga domestik.

“Selain itu, di sudut lain Malaysia juga dapat dikunjungi oleh mereka yang tinggal di China dan India. Malaysia adalah sebuah negara yang hebat dari segi lokasi dan kepelbagai­an serta apa yang mampu ditawarkan­nya. “Saya berpendapa­t, potensi pelanconga­n Malaysia amat besar dan kerjasama (dengan YTL) akan membantu kami mengembang­kan lagi jenama serta menawarkan pilihan kepada para pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas kerjasama itu, Smith berkata Marriott Internatio­nal memilih YTL kerana hubungan baik yang sedia terjalin dengan baik dan Malaysia dipilih sebagai negara pertama yang diperkenal­kan dengan AC Hotels di rantau ini kerana lokasi dan infrastruk­turnya yang strategik.

“Malaysia memiliki antara lapangan terbang menarik di ASEAN, jalan raya yang baik selain kestabilan bekalan tenaga serta rangkaian internet yang hebat. Apabila semua aspek ini digabungka­n, anda mendapat semua elemen yang diperlukan untuk dimanfaatk­an seperti (pembinaan bangunan) kilang-kilang baharu,” katanya.

Menurut Smith, Marriott Internatio­nal memiliki kirakira 30 hotel di Malaysia pada masa ini manakala sejumlah 30 hotel baharu kini masih dalam peringkat perancanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia