Utusan Borneo (Sabah)

Humberto mulai mengganas

Ribut tropika tersebut dijangka menjadi hurikan di perairan AS

-

MIAMI: Ribut tropika Humberto mencapai kekuatanny­a kelmarin dan dijangka akan kembali pada kekuatan hurikan pada waktu petang, namun jejaknya sekarang meletakkan ia jauh dari Bahamas dan pantai AS, menurut Pusat Hurikan Negara AS.

Pada waktu tengah hari, Humberto adalah 180 batu barat laut Pulau Abaco Besar, yang terjejas teruk dua minggu lalu akibat kemaraan Hurikan Dorian, dan 165 barat timur laut Tanjung Canaveral, Florida, menurut pihak NHC dalam satu perkembang­an terkini pada jam 3 petang waktu tempatan.

Ia mempunyai angin maksimum selaju 65 batu sejam, sedikit sahaja kurangan dari kekuatan hurikan, namun dijangka akan mencapai kekuatan sepanjang hari tersebut.

“Humberto dijangka akan menjadi taufan pada malam ini,” kata NHC.

Ia mem,berikan amaran kepada para pengunjung pantai di wilayah Florida dan Carolina Utara di AS bahawa tiupan angin kuat “boleh menyebabka­n keadaan ombak untuk meluncur sebagai membahayak­an nyawa.”

Namun tiupan angin itu tidak dijangkaka­n akan memberikan sebarang bahaya terhadap bahagian darat.

Semalam, Humberto dijangka akan bertukar arah ke bahagian timur laut, menggegark­an ia malah lebih jauh dari kawasan darat.

Pada Sabtu lepas ribut tersebut telah melalui bahagian utara Bahamas, namun tanpa membawa hujan lebat atau angin pemusnah yang telah dibawa oleh Dorian pada awal bulan ini.

Dorian, sejenis ribut gergasi dengan magnitud bersejarah, menyebabka­n sekurangku­rangnya 52 orang terkorban, manakala seramai 1,300 lagi masih hilang.

Lebih 7,000 penduduk Abacos atau Grand Bahama kehilangan tempat tinggal mereka, dan 2,000 lagi masih tinggal di rumah perlindung­an.

Bantuan mencurah-curah dari puluhan negara asing dan kumpulan bantuan antarabang­sa, walaupun kemaraan Humberto telah menangguhk­an sebahagian daripada penghantar­an.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres telah melawat pulau-pulau tersebut pada Sabtu lepas.

Beliau menyatakan beliau berasa terkejut dengan tahap kemusnahan yang berlaku dan menyeru bagi lebih banyak tindakan antarabang­sa dengan segera bagi menangani masalah perubahan iklim.

“Kita perlu untuk memastikan bahawa kita dapat mengelak trend sekarang, di mana perubahan iklim sedang bergerak lebih pantas berbanding apa yang kita hadapi,” kata beliau.

 ?? — Gambar AFP ?? MENGGANAS: Imej satelit NOAA-RAMMB menunjukka­n Ribut Tropika Humberto ketika ia menghampir­i Bahamas kelmarin.
— Gambar AFP MENGGANAS: Imej satelit NOAA-RAMMB menunjukka­n Ribut Tropika Humberto ketika ia menghampir­i Bahamas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia