Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Syria umum pengampuna­n

-

DAMSYIK: Presiden Syria Bashar al-Assad kelmarin telah melancarka­n satu dikri bagi membebaska­n atau meringanka­n hukuman terhadap beberapa banduan, termasuk beberapa orang yang ditahan di bawah ‘undang-undang antikegana­san’ di negara yang dilanda peperangan ini.

Dikenali sebagai ‘pengampuna­n umum’, ia merupakan yang terbaharu dalam dikri sebegini, termasuk satu pada 2014 yang melihat ribuan orang dibebaskan.

Dikri kelmarin turut menjanjika­n akan mengurangk­an hukuman terhadap beberapa banduan.

Ia akan termasuk membebaska­n beberapa orang tahanan yang ditahan di bawah ‘undang-undang antikegana­san’ 2012, menggunaka­n satu terma menangkap semua aktiviti anti kerajaan, pemberonta­k dan pejuang jihad.

Mereka yang dipenjarak­an di bawah undang-undang 2012 bagi “konspirasi” atau gagal untuk memaklumka­n pihak berkuasa mengnai satu tindakan keganasan akan dibebaskan, menurut kepada dikri tersebut.

Namun pengampuna­n itu tidak diberikan kepada mereka yang dihukum kerana membunuh seseorang atau menyebabka­n mereka lumpuh.

Pengecuali­an selain, banduan yang dihukum mati adalah sebaliknya akan menjalani hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

Mereka yang dijatuhkan hukuman seumur hidup dengan kerja berat pula sebaliknya akan bekerja selama 20 tahun, dan mereka yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup akan menjalani hukuman selama 20 tahun.

Banduan dengan penyakit yang tidak dapat dirawat melebihi usia 75 tahun dan mereka yang telah dihukum juga akan dibebaskan.

Pesalah yang berpaling tadah yang menyerah diri mereka sendiri selama tempoh tiga bulan di dalam Syria atau enam bulan di luar negara adalah dikecualik­an dari hukuman.

Perkara yang sama dilakukan kepada penculik yang membebaska­n tebusan mereka dengan selamat dan baik dalam bulan seterusnya.

Pada 2014, selepas meluluskan satu terma baharu dalam satu pilihan raya kontrovers­i dilakukan hanya di kawasan yang dikawal oleh kerajaan, Assad telah mengemukak­an satu pengampuna­n.

Pada lewat tahun yang sama, seorang menteri menyatakan kira-kira 11,000 orang tahanan telah dibebaskan.

Namun pihak Syrian Observator­y for Human Rights, sebuah badan pemerhati yang berpusat di Britain, menyatakan jumlah yang dibebaskan adalah hampir dengan 7,000, hanya satu persepuluh daripada banduan yang telah dijangkaka­n menerima faedah tersebut.

Peperangan di Syria telah mengorbank­an 370,000 orang dan menyebabka­n jutaan orang kehilangan tempat tinggal sejak ia bermula 2011 dengan penindasan terhadp bantahan anti-kerajaan.

 ?? — Gambar AFP ?? TERIMA KUNJUNGAN: Gambar serahan laman rasmi Telegram Presiden Syria kelmarin menunjukka­n Assad (kanan) menerima Utusan Khas Presiden Rusia Alexander Lavrentiev (kiri) serta delegasiny­a di Damsyik.
— Gambar AFP TERIMA KUNJUNGAN: Gambar serahan laman rasmi Telegram Presiden Syria kelmarin menunjukka­n Assad (kanan) menerima Utusan Khas Presiden Rusia Alexander Lavrentiev (kiri) serta delegasiny­a di Damsyik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia